Thursday, 12 March 2015

Ngeri! Empat Jari Hancur Diperah Mesin Tebu




Gurun: Empat jari tangan kiri seorang remaja lelaki dilaporkan hancur apabila tersepit ke dalam mesin pemerah tebu dalam kejadian di Taman Gurun Jaya pada kira-kira jam 12.30 tengah hari semalam.

Kejadian ngeri tersebut berlaku ketika mangsa sedang menjual air tebu di tempat itu.

Seorang saksi menceritakan sebelum kejadian itu berlaku, mangsa sedang berbual dengan seorang kawan yang datang ke gerainya itu. Tiba-tiba, pergelangan tangan kirinya itu termasuk dalam bahagian pemerah tebu berkenaan.


Ekoran kejadian itu, empat jarinya dilaporkan hancur.



Berikutan kejadian itu, mangsa dikejarkan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) oleh ambulan untuk mendapatkan rawatan susulan.

Next article Next Post
Previous article Previous Post
 
-->