Wednesday, 18 March 2015

Michael Jackson Maut Langgar Bahu Jalan



Seorang lelaki maut selepas motosikal jenis Honda EX5 yang dinaikinya hilang kawalan sebelum terbabas melanggar bahu jalan di Kilometer S3.7, Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) pada lewat malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.50 malam itu, mangsa yang terbunuh di tempat kejadian itu dikenali sebagai Michael Jackson @ J Stephan.

Menurut sumber, kemalangan itu hanya disedari oleh orang ramai yang melihat mayat mangsa di tepi jalan, sebelum bertindak menelefon ambulans.

“Pegawai perubatan yang dikejarkan ke lokasi mengesahkan mangsa yang cedera parah telah meninggal dunia,” katanya.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Orang awam yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta memaklumkan kepada Pegawai Penyiasat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya, Inspektor Mohammad Zul Helmi Khalid ditalian, 03-78627222 untuk membantu siasatan.

Next article Next Post
Previous article Previous Post
 
-->