Saturday, 14 March 2015

Mayat Wanita Dimakan Biawak Ditemui Dalam Keadaan Mengerikan




Mayat yang dipercayai milik seorang wanita ditemui dalam keadaan menyedihkan apabila dilihat sedang dibaham oleh sekumpulan biawak.


Dalam kejadian yang berlaku di Kampung Raja Bashah, Kuala Kurau, mayat tersebut dipercayai ditemui oleh seorang nelayan berusia 20-an ketika dalam perjalanan balik ke rumahnya pada petang itu.

Saksi yang tidak mahu dikenali mengatakan ternampak sekumpulan biawak yang sedang memakan bangkai sewaktu melalui kawasan sekitar pejabat Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim).

"Saya pergi dekat dan memberanikan diri untuk melihat apa yang biawak itu makan dan alangkah terkejutnya saya apabila lihat bangkai itu adalah manusia.

“Dalam keadaan panik saya segera memberitahu orang lain dan memaklumkan perkara tersebut kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Laporan pihak polis dibuat sejurus selepas mayat itu ditemui kira-kira jam 7.15 petang.

“Siasatan awal mendapati, mangsa dipercayai dihanyutkan arus sebelum tersangkut pada pokok nipah berhampiran pelantar tempat nelayan meletakkan bot dan sampan.

“Pemeriksaan ke atas mangsa mendapati, beberapa bahagian isi dari tubuh mangsa termasuk isi perut hilang, dipercayai dimakan biawak.

“Kami turut menemui seutas rantai emas, dua cincin, gelang manik berwarna hitam serta jam tangan pada mangsa," kata Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Omar Bakhtiar Yaacob.

Siasatan masih lagi dilajankan untuk menyiasat punca kematian dan identiti mangsa oleh kerana tiada sebarang pengenalan diri dijumpai.

Next article Next Post
Previous article Previous Post
 
-->