Tuesday, 17 March 2015

Konsert Black Eyed Peas dan K-Pop Sempena Kemahkotaan Sultan Johor



JOHOR BAHRU: Black Eyed Peas dan artis Korea daripada kumpulan T-ara dan Sistar, adalah antara nama-nama besar yang yang akan membuat persembahan di festival muzik di Danga Bay, sebagai sebahagian daripada sambutan untuk hari pertabalan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar.

Nama 'panas' yang lain dalam industri muzik seperti penyanyi Rossa dari Indonesia, Fuying dan Sam dari Taiwan dan juga artis-artis tempatan yang terkenal lain seperti Sheila Majid, Jacklyn Victor, Penny Tai dan Shila Amzah juga akan menghiburkan pengunjung di konsert terbuka yang bermula 26 Mac itu.

Dalam satu kenyataan, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan Dan Kepenggunaan Negeri Johor, Datuk Tee Siew Kiong berkata pameran itu telah dianjurkan oleh Jabatan Pelancongan Negeri Johor dengan kerjasama Iskandar Waterfront Holdings Sdn Bhd.

Ini adalah kali pertama Black Eyed Peas, salah satu kumpulan hip hop yang paling laris di dunia akan membuat persembahan di Johor.

Di samping itu, acara-acara lain seperti Perlumbaan Bot Laju F3000, Acara Berbasikal Cycleton di sekitar Johor dan pertunjukan bunga api akan turut diadakan untuk memeriahkan lagi sambutan.

Next article Next Post
Previous article Previous Post
 
-->