Wednesday, 11 March 2015

Isytihar Harta Boleh Jejas Keselamatan PM




Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris menyelar tindakan Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli yang mengisytihar harta dan meminta Perdana Menteri Dato Sri Najib Tun Razak untuk turut berbuat demikian.

Menurutnya lagi, Perdana Menteri tidak boleh mengisytihar harta kerana ia bukan untuk bukan untuk orang awam.

“Najib isytihar harta bukan untuk tujuan orang awam kerana ia akan melibat banyak isu keselamatan. Namun begitu, siapa Rafizi? Kalau Rafizi mengisytihar harta, siapa tahu yang dia simpan hartanya di bawah nama orang lain?

“Anwar Ibrahim juga pernah berbuat perkara yang sama. Kalau ikut daripada harta yang diisytihar Anwar, dia tidak boleh bergerak ke seluruh negara namun kalau kita lihat, Anwar ke merata tempat," katanya lagi.

“Contoh macam saya, saya isytihar harta saya kepada perdana menteri. Kalau saya isytihar kepada orang awam, ia akan menjadi satu isu keselamatan. Orang awam akan tahu dan sebagainya.

“Orang yang mengisytihar harta kepada orang awam ini, adalah orang yang yakin bahawa dia adalah bukan subjek kepada keselamatan dan sebagainya.

“Bukan keselamatan anda sahaja terancam namun anak-anak, isteri dan keluarga keluarga." tegasnya lagi

Beliau berkata tidak jadi masalah untuk beliau membuat pengisytiharan tetapi ia hanyalah kepada majikannya sahaja.

Next article Next Post
Previous article Previous Post
 
-->