Saturday, 14 March 2015

Hukum GST Adalah Haram, Sarjana Pas Cabar Fatwa



Seorang ahli Parlimen PAS hari ini terus mencabar fatwa dengan mengatakan bahawa pelaksanakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) bulan depan adalah haram.

Ahli Parlimen Kuala Nerus itu, Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali, pemegang doktor falsafah dalam bidang pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mengatakan cukai yang ingin dilaksanakan itu tidak memenuhi prinsip percukaian Islam.

Tambahannya lagi, mengikut prinsip-prinsip, cukai hanya boleh digunakan jika kerajaan sangat-sangat memerlukan dana untuk keperluan negara dan keperluan dana itu bukan disebabkan oleh rasuah dan ketirisan.

Khairuddin yang juga Ketua Penerangan PAS berkata cukai itu hanya boleh dikenakan ke atas golongan yang berkemampuan sahaja.

Beliau berkata kerajaan masih mempunyai sumber-sumber lain yang boleh dioptimumkan lagi untuk meningkatkan pendapatan tanpa mengenakan GST.

Katanya lagi, Majlis Fatwa Kebangsaan perlu mengkaji semula fatwa bahawa GST adalah "dibenarkan" dalam Islam.


<

Next article Next Post
Previous article Previous Post
 
-->