Thursday, 12 March 2015

Bapa Dan Anak Bakal Berdepan Hukuman Mati Dakwa Bunuh Perompak



SEREMBAN - Seorang bapa dan anak bakal berdepan hukuman mati atas dakwaan membunuh seorang perompak yang memecah masuk ke rumah mereka.

Mo Yi Hong, seorang tukang masak berusia 56 tahun, dan anak orang Wei Qiang, 28, dituduh menyebabkan kematian Chen Wen Bao pada 24 Feb lalu.

Chen dan rakan sejenayah masuk ke rumah di mana Mo dan keluarganya tinggal. Ketika itu Mereka sekeluarga berjaga sehingga larut malam.


Chen telah dikatakan mengelar Guo dengan pisau tetapi mereka sekelurga mula melawan.

Dalam kekecohan itu, Chen mati di tempat kejadian manakala rakan sejenayahnya sempat melarikan diri.

Guo cedera dan memerlukan 25 jahitan pada lengannya.

Dalam satu temu bual, Guo berkata, suami dan anaknya bertindak untuk mempertahankan diri. Dia juga memaklumkan bahawa Chen sedar ketika dia diikat, tetapi tidak pasti bagaimana perompak itu mati.

Mo dan anaknya boleh dihukum mati jika didapati bersalah.

Kedua-dua mereka mengaku tidak bersalah dan kes itu akan dibicarakan semula pada 30 April ini.

Next article Next Post
Previous article Previous Post
 
-->