Monday, 9 February 2015

Lelaki Ini Disahkan Boleh Mengandung



Seorang lelaki dari England akan menjalani pembedahan histerektomi (pembedahan rahim) selepas dia disahkan oleh doktor mempunyai rahim yang berfungsi dan boleh hamil seperti wanita lain.

Pakar perubatan percaya bahawa dia mempunyai sindrom salur Müllerian (PMDS), satu keadaan yang menyebabkan beliau mempunyai kedua-dua alat kelamin lelaki dan rahim berfungsi.

"Saya terkejut apabila diberitahu saya mempunyai organ pembiakan wanita yang berfungsi dengan baik, malah saya sendiri pun pernah mengalami period," katanya.

Menurut doktor lagi, pada awalnya lelaki itu mengadu mengalami kencing berdarah, namun setelah dijalankan pemeriksaan, darah yang terdapat pada air kencingnya ternyata adalah darah haid.


Terdapat sekurang-kurangnya 120 kes bayi yang dilahirkan dalam sindrom tersebut yang dilaporkan pada setiap tahun di Britain. Ia bukan sahaja berlaku kepada manusia, malah kepada haiwan seperti anjing juga.

Next article Next Post
Previous article Previous Post
 
-->