Saturday, 31 January 2015

Lelaki Lumpuh Akibat Digigit Seekor Semut



Seorang lelaki berusia 43 tahun lumpuh akibat digigit seekor semut. 

Lelaki yang dikenali dengan nama Abdul Wahab Mydin dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang apabila keadaannya bertambah serius selepas meletakkan salap pada bahagian belakang betisnya yang digigit.

“Semut itu menggigit bahagian belakang betis, dan kebetulan pula saya mempunyai sakit kencing manis.

“Selepas digigit, saya letak salap, dan tidak sangka ia mendatangkan kesan lebih teruk,” lapornya kepada Sinar Harian.

Setelah beberapa hari, keadaan Abdul Wahab semakin teruk, kulitnya bergelembung seperti melepuh dan pecah. Selepas kulitnya tertanggal, keluar isi putih daripada kakinya, yang kelihatan seperti telah dimakan.


Dalam tempoh setahun ini saja, dia dibedah 6 kali bagi merawat kecederaan yang dialaminya secara tiba-tiba itu .

Dia terpaksa menanggung sakit yang tidak terkata sehingga tulang belakangnya turut terkesan akibat pembedahan yang berterusan.


Kini dia hanya boleh terbaring sahaja kerana tidak mampu duduk terlalu lama.

Next article Next Post
Previous article Previous Post
 
-->