Saturday, 31 January 2015

Dua Anggota Polis Maut Dalam Satu Nahas



Dua anggota polis maut selepas terbabit dalam satu kemalangan di kilometer 6, Jalan Pekan-Kuantan.

Dalam kejadiaan kira-kira pukul 1.20 petang itu, Koperal Helmee Akhsan Yahya yang menunggang motosikal polis trafik, gagal mengelak seorang lagi anggota, Koperal Amran Abdullah, 48, yang sedang melintas jalan di tempat lokasi kejadian.

Helmee dipercayai cuba mengelak Amran, namun terjadi pelanggaran sehingga mengakibatkan motosikal yang ditunggangnya terbabas sebelum melanggar pasu bunga hiasan yang berada di situ.

Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Yahaya Othman berkata, kejadian itu berlaku ketika Helmee dalam perjalanan ke Ubai untuk bertugas di sana.


Jenazah Koperal Helmee dibawa pulang untuk dikebumikan di Kampung Mangkok, Setiu, Terengganu manakala Koperal Amran di Kampung Simpang Durian, Jelebu, Negeri Sembilan.

Siasatan lanjut berkenaan kes ini akan dijalankan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Next article Next Post
Previous article Previous Post
 
-->