Video Penemuan Mahkluk Gergasi Misteri Di Kemboja



Dipetik dari Mirror, kemunculan 'monster' ini diketahui dari sebuah video yang dimuat naik melalui Youtube. Dalam video sepanjang 2 minit 15 saat ini, haiwan bertubuh raksasa terdampar.

Ratusan orang pun mengerumui haiwan raksasa yang disebut monster ini. Bersama-sama mereka mengangkat dan memindahkan makhluk ini ke atas trak untuk dipindahkan.

Jika diperhatikan, haiwan yang disebut monster ini seperti mempunyai sirip. Tubuhnya sangat besar. Penonton Youtube tidak percaya kalau ini monster. Mereka mengagak ini adalah ikan paus terdampar.

Namun hingga saat ini belum diketahui secara pasti haiwan apakah itu kerana gambar dalam video yang kurang jelas. Lokasi penemuannya pun masih belum jelas. Terjemahan bahasa Inggeris pun tidak ada.

Pemilik video mengatakan lokasi terdamparnya monster ini di Vietnam. Namun, salah satu komen Youtube mengatakan penduduk tempatan bercakap dengan bahasa Kamboja.



Video Penemuan Mahkluk Gergasi Misteri Di Kemboja Video Penemuan Mahkluk Gergasi Misteri Di Kemboja Reviewed by Admin on 8:55:00 PG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.