Semua 13 Pelatih Komando Yang Hilang Ditemui Selamat Di Pantai Kundur



MELAKA: Semua 13 anggota pelatih komando yang dikhuatiri hilang selepas bot dinaiki dipukul ribut, di perairan Melaka, kelmarin, ditemui selamat kira-kira 1.19 pagi tadi.

Menurut Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri mereka ditemui orang awam dalam keadaan selamat di Pantai Kundur, Pantai Puteri, kira-kira 1.19 pagi tadi.
Malam tadi, 13 anggota tentera dilaporkan dikhuatiri lemas berikutan bot dinaiki hilang ketika mereka menjalani latihan asas komando mendayung ke Pulau Nangka, kelmarin.

Difahamkan, ketika kejadian bot dinaiki mereka bersama empat bot lain dalam perjalanan dari pesisir pantai Sungai Udang ke pulau berkenaan.

Dipercayai kira-kira jam 9 malam, kumpulan terbabit dilanda ribut serta ombak besar dan hanya tiga bot dinaiki seorang pegawai dan 35 anggota berjaya menyelamatkan diri dengan mendarat di Pulau Upeh, di sini, kira-kira jam 12.30 malam.

Kehilangan kesemua pelatih komando itu kemudiannya disahkan Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin.

Beliau yang dihubungi dipetik berkata 13 anggota pelatih komando berkenaan sedang menjalani latihan mendayung.

Menurutnya, gerakan mencari anggota terbabit dijalankan dan punca kejadian masih dalam siasatan.

Terdahulu, jurucakap di Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kehilangan 13 anggota tentera di perairan Selat Melaka dan Pasukan Penyelamat Di Air dihantar ke lokasi untuk mencari dan menyelamatkan mangsa. - hmetro

Semua 13 Pelatih Komando Yang Hilang Ditemui Selamat Di Pantai Kundur Semua 13 Pelatih Komando Yang Hilang Ditemui Selamat Di Pantai Kundur Reviewed by Admin on 8:49:00 PG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.