Rusuhan Berlaku Di Myanmar Selepas Perlawanan Bolasepak Sukan Sea



Penyokong-penyokong tuan rumah, Myanmar telah melakukan rusuhan sejurus tamat perlawanan bola sepak antara Myanmar dan Indonesia yang berkesudahan Myanmar tewas 0-1. 

Merek
a bertindak membakar jersi pasukan mereka dan papan iklan sukan SEA dibakar dan dimusnahkan. 

Ada juga yang bertindak membaling batu kepada polis yang mengawal rusuhan itu. Akses telefon juga dipotong dan laman Web Sukan SEA rasmi juga digodam sendiri oleh peminat yang tidak berpuas hati yang menuntut mutu pengadilan dikaji semula.

Sebelum perlawanan Myanmar telah menang dua kali dan seri sekali. mereka hanya memerlukan keputusan seri untuk layak dan ditambah pula dengan keputusan seri 0-0 antara Thailand dan Kemboja yang memudahkan mereka menjadi juara kumpulan.



Rusuhan Berlaku Di Myanmar Selepas Perlawanan Bolasepak Sukan Sea Rusuhan Berlaku Di Myanmar Selepas Perlawanan Bolasepak Sukan Sea Reviewed by Admin on 10:30:00 PG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.