Proton Perdana Berwajah Baru Sebagai Kereta Rasmi Kerajaan Dilancarkan



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan Proton Perdana berwajah baharu sebagai kenderaan rasmi kerajaan.

Proton Perdana berwajah baharu itu menampilkan dua varian iaitu Perdana 2.0 L dan 2.4 L dengan mempertingkatkan ciri-ciri keselamatan dan keselesaan.

Dua unit edisi khas Proton Perdana berwajah baharu turut dikeluarkan untuk Najib dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pada majlis itu, Najib juga menerima kenderaan rasmi beliau dengan plat nombor W11N.

Turut hadir Pengerusi Eksekutif Proton Tan Sri Mohd Khamil Jamil dan menteri-menteri kabinet.

Sebanyak 200 unit pertama Proton Perdana baharu akan diserahkan kepada kerajaan setiap bulan.


Proton Perdana Berwajah Baru Sebagai Kereta Rasmi Kerajaan Dilancarkan Proton Perdana Berwajah Baru Sebagai Kereta Rasmi Kerajaan Dilancarkan Reviewed by Admin on 11:57:00 PTG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.