Perkahwinan Muda Antara Haikal 15 Tahun Dan Hazwani 16 Tahun




Muhamad Haikal Farith Mohd Shah budak kahwin umur 15 tahun dan Nur Hazwani Mohd Kamal 16 Tahun. Negara sekali lagi digemparkan dengan perkahwinan muda yang melibatkan budak usia 15 tahun dan 16 tahun. Walaupun kes perceraian yang berlaku baru-baru ini melibatkan perkahwinan pada usia muda langsung tidak mematahkan semangat pasangan ini untuk terus berkahwin. Pasangan ini mengakui bahawa perkahwinan mereka juga telah direstui oleh kedua belah pihak keluarga.

Muhamad Haikal, 15, telah selamat dinikahkan dengan pasangannya, Nur Hazwani Mohd Kamal, 16, yang masih belajar dalam Tingkatan Empat, oleh Imam Masjid Teluk Kemang, Port Dickson, Rahim Jaafar pada 8 Disember 2013. Nur Hazwani menerima mas kahwin RM200 dan hantaran RM5,000. Muhamad Haikal berkata, bapanya, Mohd Shah Abdul Aziz, 43, memohon kebenaran mahkamah bagi membolehkan dia bernikah dengan pasangannya kerana usia mereka yang masih muda.


Muhammad Haikal yang sudah tidak bersekolah sejak setahun lalu, membantu perniagaan bapanya yang juga seorang kontraktor binaan. Walaupun pasangan ini sudah berkahwin, Nur Hazwani pelajar tingkatan Empat tetap meneruskan pelajaran seperti biasa dan kini tinggal dirumah mertua.

Sumber: Melvister.com

Perkahwinan Muda Antara Haikal 15 Tahun Dan Hazwani 16 Tahun Perkahwinan Muda Antara Haikal 15 Tahun Dan Hazwani 16 Tahun Reviewed by Admin on 8:09:00 PG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.