Letupan Di Danok: Bom Diletupkan Menggunakan Telefon Bimbit


Keadaan di bahagian belakang Oliver Hotel yang terletak di Jalan Thanon Tanrattanakorn 1, di Danok, Selatan Thailand, Ahad. -foto G.C.Tan/ THE STAR

PETALING JAYA: Telefon bimbit telah digunakan untuk mencetuskan siri letupan bom di Danok, Songkhla, Thailand pada Ahad.

Ketua Polis Wilayah Sembilan Thailand, Mejar Jeneral Noppadol Pueksomon berkata letupan pertama berlaku di hadapan Balai Polis Padang Besar dan letupan kedua berlaku kira-kira 20 minit kemudian di hadapan Balai Polis Sadao.

"Bahan letupan diletakkan pada motosikal-motosikal di hadapan balai polis dan diletupkan menggunakan telefon mudah alih.

"Dalam pengeboman ketiga, bahan letupan telah diletakkan di dua buah kereta dan diletupkan dengan cara yang sama," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata beberapa kereta yang dengan nombor pendaftaran Malaysia yang diletakkan berhampiran sebuah hotel telah rosak.

Mej Jen Noppadol berkata siasatan menunjukkan bahawa dua rakyat tempatan mati dalam letupan di Danok.

Beliau berkata pengeboman terbabit hampir sama dengan letupan di Lee Gardens Plaza Hotel, Haadyai pada 31 Mac tahun lepas di mana tiga orang, termasuk dua rakyat Malaysia terbunuh.

Beliau berkata kumpulan pemisah Thailand mungkin terlibat di sebalik pengeboman terkini.

"Kini, kita telah meningkatkan ciri keselamatan di empat wilayah selatan yang bersempadan dengan Malaysia untuk mengelakkan ia berulang," katanya.


Letupan Di Danok: Bom Diletupkan Menggunakan Telefon Bimbit Letupan Di Danok: Bom Diletupkan Menggunakan Telefon Bimbit Reviewed by Admin on 10:15:00 PG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.