Kenapa Taman Tema Genting Di Tutup Selama 3 Tahun ?



Petang tadi sempat berbual dengan sorang rakan yang menceritakan betapa kecewanya beliau apabila kunjungannya ke taman tema Genting Highland baru-baru ini bersama keluarga tidak seperti mana yang di rancang ini kerana taman tema tersebut di tutup selama 3 tahun.

Beliau sendiri tidak pasti apa sebenarnya yang berlaku cuma agakkannya kerja-kerja pengubahsuiaan sedang di lakukan barangkali supaya ianya lebih menarik.

Jueteru itu MMI pun ushar-ushar buat carian sikit sekurang-kurangnya besok dapatlah maklumkan kepada rakan tadi apa sebenarnya yang berlaku.

Fuh ushar punya ushar rupa-rupanya ada berita menarik bro !!

Taman Tema Genting Highlands bakal berubah wajah apabila sebuah taman tema Antarabangsa 20th Century Fox pertama di dunia bakal dibina tidak lama lagi. 20th Century Fox adalah studio filem Hollywood terkenal setaraf dengan Universal Studio.

Pasti anda kenal dengan filem-filem box office seperti Titanic, Avatar, Ice Age, Alien vs. Predator bukan? Dan tidak lama lagi anda boleh bermain dengan antraksi dari filem-filem terkenal ini.


Sekilas info tentang 20th Century Fox World :


1.Menelan belanja sekitar RM 1 billion, ia bakal dibina di taman tema luar Genting seluas 25 hektar (ketika ini outdoor themepark genting telahpun ditutup)

2.Dijangka siap dalam tempoh 2 tahun (grand opening pada 2016)

3.Menampilkan lebih daripada 25 permainan dan tarikan bertemakan ikon dari filem-filem blockbuster terkenal, thrill rides, dark rides yang sesuai untuk audiens dari kanak-kanak hingga dewasa. Turut menjadi tarikan adalah permainan air.

4.Permainan dan tarikan ini adalah berdasarkan tajuk blockbuster abad kedua puluh Fox seperti ICE AGE, RIO, ALIEN VS. PREDATOR, PLANET OF THE APES, NIGHT AT THE MUSEUM dan pelbagai lagi.

5.Selain itu, sebuah shopping kompleks Genting Premium Outlet, iaitu kedua terbesar di Asia Tengara selepas Johor Premium Otlet juga bakal dibina.

Ini adalah logo rasmi taman tema 20th Century Fox World

Antara imej taman tema yang bakal di bina :

Roller Coaster dengan bongkah ais

Siap ada kapal titanic lagi tuu ..


sumber

Kenapa Taman Tema Genting Di Tutup Selama 3 Tahun ? Kenapa Taman Tema Genting Di Tutup Selama 3 Tahun ? Reviewed by Admin on 9:20:00 PG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.