Hanya Kerana Anak Orang Susah… Pelajar Miskin Dipermainkan Gurunya



Apa penulis hendak tulis ini, pasti akan lebih difahami oleh seseorang yang ada anak yang sudah bersekolah atau adik yang masih muda.

Yang tidak ada kaitan seumpama itu pun akan dapat menjiwai nasib malang satu keluarga susah di daerah Kuala Selangor.

Orang kata profesion perguruan itu mulia… tetapi sebenarnya ia kekal mulia jika dipegang oleh insan yang berjiwa mulia.

Jika dipegang oleh insan yang berhati busuk… maka amatlah buruk padahnya kepada anak-anak murid.

Pada peringkat ini penulis tidak bercadang menyebut nama sekolah atau guru atau nama murid itu.

Kisahnnya mengenai seorang anak pekerja kilang yang mendapat Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 5A.

Bergenang air mata ibu bapa dan keseronokkan di hati ibu bapa.

Gaji RM600 sebulan tidak memberi kebahagian pada zaman ini… namun anak yang membawa harapan dalam keluarga jauh lebih bernilai jika ditambah lagi 10 kosong dalam gaji bulanan itu.

Yelah… disangkakan panas hingga ke petang… rupanya hujan di tengah hari.

Disangkakan bahagia bakal mendatang… rupanya khianat yang menyusul.

Bayangkan… pelajar 5A itu… diberikan Penilaian Kerja Amali Sains (PEKA) diberikan 2 oleh guru sainsnya tanpa sebab yang boleh diterima akal. Mana pernah budak kampung pandai belajar dapat 5A diberikan PEKA 2? Tak pernah ok… melainkan ada kes yang sama yakni dipermainkan guru yang tidak berpuas hati.

Dengan PEKA 2… tertutuplah peluang anak seorang pekerja kilang itu meneruskan persekolahan di sekolah asrama penuh.

Bila ibu bapa dan sanak saudara cuba mendapatkan sebab… tidak ada yang dapat diberikan melain banyak kali tidak pergi ke sekolah.

Ok… budak itu tidak ke sekolah hanya selepas UPSR tamat. Dan PEKA diserahkan sebelum UPSR bermula.

Bermakna perbuatan khianat itu sudah dibuat sebelum UPSR bermula… dan bila ada yang bertanya… bagi alasan tidak pergi ke sekolah.

Mesti ada yang bertanya mengapa tidak ke sekolah kan…

Sudah habis UPSR bukannya belajar… duduk kat dewan… buat bising atau aktiviti yang tidak menyumbang kepada gred UPSR.

Ibu bapa pelajar berkenaan orang susah… mereka ingat tak apalah kalau tak ke sekolah memandangkan peperiksaan pun dah habis… sebab BOLEH JIMAT DUIT BELANJA SEKOLAH… dammmmmm…stupid scholl…stupid teacher. Cubalah faham masalah orang sikit…

Kalau pun benda tu jadi isu besar… telefon la keluarga tu dan maklumkan… mak budak tu tak sekolah pun.. bapa pun tidak berapa bernasib baik dari segi itu… mungkin mereka tidak faham. Bukannya terus jatuh hukum… ini soal masa depan banyak pihak.

Namun… di sebalik semua itu….. hakikat yang pasti ialah penilaian PEKA diserah kepada pihak Kementerian Pelajaran sebelum UPSR bermula… bermakna keputusan memberikan PEKA 2 kepada pelajar miskin yang bijak lepas itu bagi alasan tanpa melihat kepada kesusahan keluarga itu.

Oh lupa… anak cikgu yangg buat penilaian PEKA tu pun dalam kelas yang sama dengan anak orang susah tu… dengar kata tak dapat 5A … CEMBURU KE?

Kalau benar itu puncanya… penulis berdoa… bila sakaratul maut nanti… cikgu itu akan teringat kembali tindakannya… dan mendapat kematian yang penuh dengan azab siksa.

Mustahil budak dapat 5A …PEKA dapat 2… memang mustahil.

Penulis yakin… ramai insan baik hati dan guru yang benar-benar berjiwa pendidik memahami apa yang penulis sampaikan di sini…

Penulis berharap kisah ini akan dikongsi ramai agar adalah pihak di Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Selangor boleh melihat kepada kejadian ini.

Masih ada masa untuk keadilan ditegakkan…

Hanya kerana seorang guru berhati kotor… habis masa depan dan harapan sebuah keluarga miskin.



Hanya Kerana Anak Orang Susah… Pelajar Miskin Dipermainkan Gurunya Hanya Kerana Anak Orang Susah… Pelajar Miskin Dipermainkan Gurunya Reviewed by Admin on 12:15:00 PG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.