Gambar Van Terbakar Di Kuala Terengganu, Bapa Dan Anak Nyaris Maut



KUALA TERENGGANU - Seorang warga emas dan anak perempuannya nyaris maut apabila van mereka tiba-tiba terbakar di atas Jambatan Sultan Mahmud di sini petang tadi.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 2.30 petang ketika Yahya Awang, 62, dari Pulau Duyong sedang dalam perjalanan ke rumah abangnya di Losong.

Yahya tidak menyedari perkara itu sehingga diberitahu pengguna jalan raya lain yang terlihat api di bawah vannya.

"Terkejut dimaklumkan perkara itu, saya lantas memberhentikan van saya di tepi jalan dan turun sebelum melihat api yang marak di bahagian letak kaki van saya.

"Saya segera menyuruh anak perempuan keluar dari van untukmenyelamatkan diri, bimbang akan berlaku letupan," katanya di tempat kejadian. - Bernama

Gambar Van Terbakar Di Kuala Terengganu, Bapa Dan Anak Nyaris Maut Gambar Van Terbakar Di Kuala Terengganu, Bapa Dan Anak Nyaris Maut Reviewed by Admin on 11:59:00 PG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.