Gambar Kemalangan Ngeri Lelaki Putus Kepala Di Rembau



REMBAU - Seorang lelaki putus kepala apabila keretanya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah treler di Km39.1, Jalan Seremban-Tampin di sini hari ini.


Kejadian berlaku kira-kira 11 pagi ketika R.Sivakumar, 39, dalam perjalanan dari arah Tampin menuju Seremban.

Jurucakap polis berkata mangsa dipercayai memasuki laluan bertentangan dan cuba memotong beberapa kenderaan lain dihadapannya sebelum bertembung dengan treler berkenaan.

"Tubuh mangsa tersepit di tempat duduk sementara kepalanya putus dan tercampak keluar dari kereta," katanya.

Pemandu treler berkenaan yang berusia 23 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ketua Polis Daerah Rembau, DSP Mizan Md Dom memgesahkan kejadian itu. - Bernama



Gambar Kemalangan Ngeri Lelaki Putus Kepala Di Rembau Gambar Kemalangan Ngeri Lelaki Putus Kepala Di Rembau Reviewed by Admin on 9:18:00 PG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.