Dihalau Selepas Tinggal Dalam Lubang Di China



Ekoran pembangunan pesat dan juga perderakan pantas ekonomi China, ramai penduduk negara komunis itu kini dibelenggu kemiskinan yang teruk sehingga mengakibatkan ramai antara mereka tiada tempat tinggal.

Kemiskinan itu akibat mereka terutamanya kumpulan pekerja pendatang yang datang ke China tidak mampu menyewa rumah apatah lagi memilikinya.

Oleh sebab itu, mereka harus bijak mencari peluang dan kreatif dalam mencari tempat untuk berteduh dari panas dan hujan tambahan pula kini sudah tiba musim sejuk.

Ada diantara mereka yang miskin ini memilih untuk tidur di dalam longkang bawah tanah seperti wanita ini yang tinggal di dalam sebuah lubang di Beijing.

Malangnya, pihak berkuasa tempatan di Beijing bertindak menghalau beliau dari longkang itu.

Sudahlah dihalau, pihak berkuasa bertindak pula menutup terus lubang tempat tinggalnya dengan simen dengan tujuan menghalang dia kembali masuk ke dalam lubang itu. - mynewshub



Dihalau Selepas Tinggal Dalam Lubang Di China Dihalau Selepas Tinggal Dalam Lubang Di China Reviewed by Admin on 3:38:00 PTG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.