Laman Kongsiadmin@lamankongsi.com

Pegawai Kedua Tertinggi Kastam Ditembak Mati

Sabtu, April 27, 2013

harith | Sabtu, April 27, 2013 |
PUTRAJAYA, 26 April — Timbalan Pengarah Kastam Diraja Malaysia II Datuk Saharuddin Ibrahim ditembak mati di Putrajaya hari ini, kata polis.


Laporan media menyebut lelaki bersenjata menaiki motosikal menembak Shaharuddin kira-kira jam 8.40 pagi di Leboh Wawasan yang datang dari Dengkil. Polis kata Shaharuddin (gambar) ditembak di lampu isyarat berhampiran balai polis.

Beliau dikejarkan ke hospital dan dimasukkan ke unit rawatan rapi, menurut laporan portal New Straits Times.

Polis sedang menelitik rakaman kamera litar tertutup.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohamad Salleh mengesahkan kejadian itu.

Pihak polis juga sedang menyoal siasat pemandu Saharuddin untuk mendapatkan maklumat sebenar apa yang berlaku.

Sabtu lalu, lelaki bersenjatakan pisau membunuh Irene Ong berusia 52 tahun di Bukit Gasing, Petaling Jaya, dalam cubaan merompak, menjadikan kes jenayah sebagai isu menjelang pilihan raya pada 5 Mei ini.

Polis telah menahan tiga remaja yang dipercayai mempunyai hubungan dengan kejadian berkenaan.

Putrajaya berkata daripada 2009 ke 2012 kadar jenayah antarabangsa menurun kepada 27 peratus dan jenayah jalanan kepada 39.7 peratus.

Polis turut berkata kadar jenayah antarabangsa juga menurun pada suku pertama 2013 berbanding tempoh sama tahun lalu.