Laman Kongsiadmin@lamankongsi.com

Jangan Dihina Syeikh Muhammad Said Ramadhan Al-Buthi

Ahad, Mac 24, 2013

harith | Ahad, Mac 24, 2013 |
Gugurnya Syeikh Muhammad Said Ramadhan Al-Buthi dalam ledakan bom di Masjid Al-Iman Syria menjadi polemik bagi sebagian kalangan.

Syeikh Muhammad Said Ramadhan Al-Buthy

Ada pihak yang mencebir Syeikh Al-Buthi kerana mereka yang tidak setuju dengan sikap Syeikh Al-Buthi yang mereka nilai berpihak kepada Presiden Bashar Al Assad. Bashar Al Assad, seorang pengikut Syiah, sekaligus seorang sosialis yang menzalimi umat Islam di Syria. Tentu saja polemik ini tidak sihat bagi kewujudan kesatuan umat dan ukhuwah Islamiyah. Dengan itu, Ketua Umum Front Pembela Islam (FPI) Habib Rizieq Syihab, menyampaikan nasihat kepada umat Islam atas peristiwa syahidnya Syeikh al-Buthi.

Habib Rizieq Syihab

Habib Rizieq berpandangan, syeikh Al-Buthi adalah seorang ulama besar ahlussunah wal jamaah abad ini, yang soleh dan zuhud. Berkiatan dengan pilihan politik Syeikh al-Buthy, Habib Rizieq menilai hal itu sebagai hak beliau sebagai seorang ulama yang mempunyai kapasiti untuk berijtihad. “Kami FPI membela Mujahidin Syria melawan Basyar al-Asad yang zalim, tapi kami tetap harus menjaga akhlaq terhadap ulama Aswaja Syria yang tidak bergabung dengan Mujahidin. Itu persoalan ijtihad politik, mereka lebih tahu situasi negeri mereka daripada kita,” tegas Habib Rizieq yang tersebar melalui Blackberry Mesengger (BBM), Juma'at (22/3/2013).

Yang berikut adalah nasihat lengkap Habib Rizieq Syihab untuk kumpulan yang menghina al-Buthi : Ingat hadis : "udzkuruu mahaasina mautaakum". Jadi, tidak patut kata hinaan dilontarkan buat saudara Muslim yang telah wafat, apalagi yang wafat adalah syahid seperti al-Buthi. Al-Buthi asy-Syafi'i al-Asy'ari adalah ulama besar aswaja abad ini, dia soleh serta zuhud. Siapa anda yang mau menghina al-Buthi ?!! Soal al-Buthi tidak bergabung dengan Mujahidin Syria, dia mempunyai alasan tersendiri: pertama, usia yang sudah lanjut. Kedua, dia sibuk habiskan usia buat ilmu, belajar dan mengajar serta mengarang kitab. Ketiga, Mujahidin masih bergabung dengan barisan kafir dan liberal. Keempat, al-Buthi bukan satu-satunya ulama Aswaja Syria yang tidak bergabung dengan Mujahidin. Kelima, dia ulama berhak ijtihad.

Siapapun pelaku bom bunuh diri yang membunuh al-Buthi dan 23 muridnya di dalam masjid dan apa pun alasannya, maka tidak boleh diterima. Andai kata Mujahidin Syria yang melakukan hal itu, maka mereka yang salah jalan, bukan al-Buthi. Semoga pelakunya bukan daripada kalangan Mujahidin.

Ingat! Jaga sikap ya akhii, di sini al-Buthi punya banyak murid dan pengikut. Jangan lagi undang polemik dan perpecahan !!! Wallaahul musta'aan.

Semoga Allah mencucuri rahmat kepada allahyarham Syeikh Muhammad Said Ramadhan Al-Buthy dan meletakkan beliau dalam kalangan orang-orang yang terpilih !

<