Laman Kongsiadmin@lamankongsi.com

Pelik! Puting Beliung Ini Terjadi Dalam Bangunan (Gambar+Video)

Selasa, Disember 11, 2012

harith | Selasa, Disember 11, 2012 |


Siapa tidak gerun apabila terlihat putaran puting beliung di hadapan mata. Mahu kecut perut dibuatnya. Puting beliung sememangnya antara bencana yang mampu merosakkan apa sahaja yang berada di sekelilingnya. Namun percayakah anda bahawa terdapat puting beliung yang telah berlaku di dalam bangunan. Pelik! Bagaimana ini boleh berlaku? Boleh tonton video di atas. 


The Mercedes-Benz Museum yang terletak di Jerman bukan setakat menyimpan kereta, tetapi juga mempunyai puting beliung tiruan yang terkuat di dunia dan diiktiraf oleh Guinness Book of Records pada tahun 2007. Vortex setinggi 34.4 meter pada awalnya bukan direka untuk menghasilkan puting beliung, tetapi sebagai membuang asap jika berlaku kebakaran. Namun begitu, proses untuk membuang asap telah menghasilkan puting beliung setinggi 100 kaki dan mengambil masa 7 minit untuk dihasilkan.