Penjaga Gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat Cedera Dalam Kemalangan



Beberapa minit lalu, saluran berita Astro Awani menerusi akaun Twitter mereka mengesahkan yang Khairul Fahmi Che Mat terlibat dengan kemalangan, semalam.

Kenyataan ringkas itu turut menyebut yang Khairul Fahmi Che Mat mengalami kecederaan selepas kereta yang di’pandunya terbabas tengah malam tadi.

Kelantan FA menerusi akaun Facebook mereka mengirimkan sekeping gambar kereta berjenama Audi yang di’dakwa milik penjaga gol yang terlibat dalam kemalangan semalam.

Kejadian itu berlaku di Kampung Badak, Bachok Kelantan dan sehingga ke saat ini status kecederaan Kharul Fahmi Che Mat masih belum di’ketahui. Doakan yang terbaik untuk beliau.
sumber

Penjaga Gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat Cedera Dalam Kemalangan Penjaga Gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat Cedera Dalam Kemalangan Reviewed by Admin on 8:16:00 PTG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.