Laman Kongsiadmin@lamankongsi.com

Bagaimana Tercetusnya Kebangkitan Umat Islam Syria

Jumaat, Ogos 24, 2012

harith | Jumaat, Ogos 24, 2012 |
Hafez al-Assad, mengarah pengeboman Hama Feb 1982

Cerita ini disampaikan oleh seorang ustaz, yang merupakan seorang bekas pelajar di sebuah universiti di Syria. Beliau sendiri mengalami pengalaman bagaimana umat Islam di Syria alami. Pelbagai sekatan dakwah dilakukan oleh rejim al-Assad untuk mengekalkan pemerintahan Syiah Alawi di Syria.

Sehinggakan, pelajar-pelajar di universiti tersebut tak boleh sebut perkataan 'Presiden'. Kalau sebut perkataan 'presiden', ada tindakan yang akan dikenakan. Sebab, perkataan presiden adalah satu perkataan yang sangat sensitif dan tak boleh disebut sesuka hati. Ada je telinga yang berdesing kalau ada orang sebut 'presiden'. Maka, perkataan 'presiden' ditukar kepada perkataan 'pak long', supaya orang-orang Syria tak paham apa yang diorang tengah sembang.

1982, Presiden Syria pada ketika itu adalah Hafez al-Assad La'natullah, ayah kepada Presiden Syria sekarang, Bashar al-Assad La'natullah. Februari 1982, Hafez telah melakukan pembunuhan beramai-ramai dengan melakukan pegemboman di bandar Hama. Punca pengeboman adalah untuk menyekat seruan dakwah yang sedang dijalankan. Jemaah yang terkenal melakukan dakwah di bumi Hama adalah jemaah Ikhwanul Muslimin. Pengeboman tersebut telah menyebabkan bandar Hama menjadi padang jarak padang terkukur.


Secara zahirnya, umat Islam di Syria takkan bangkit daripada penindasan regim al-Assad. Tapi, apa yang telah berlaku adalah sebaliknya, di mana umat Islam yang ditindas telah pun bangkit dengan berani untuk menentang rejim al-Assad yang Syiah.

Semuanya gara-gara tindakan 10 orang murid menconteng dinding-dinding sekolah mereka dengan ayat "Rakyat hendak menjatuhkan kerajaan". 10 orang murid yang terdiri daripada lelaki dan perempuan ini kemudiannya ditangkap. Antara penyeksaan yang mereka hadapi adalah kuku mereka dicabut. Manakala perempuan pula dirogol oleh polis-polis terlaknat itu. Rentetan itu, ibu bapa mereka pergi ke balai polis terbabit untuk menuntut anak-anak mereka. Salah seorang polis dengan biadabnya berkata, "Baliklah! Kami tidak akan memulangkan anak-anak kalian! Buatlah anak-anak baru dengan isteri kamu. Kalau kamu tak mampu untuk membuat anak baru, serahkan isteri kamu supaya kami boleh membuat anak baru dengan isteri kamu!".

Ibu bapa yang tidak berpuas hati itu membuat demonstrasi bagi membebaskan anak-anak mereka. Berita ini tersebar ke seluruh pelosok Syria. Kebangkitan umat segera tercetus dan mereka tidak lagi gentar untuk memerangi rejim al-Assad yang telah lama berlaku kejam terhadap mereka. Satu persatu daripada menteri rejim telah berpaling tadah, dan sejumlah kelompok besar tentera telah berpaling tadah daripada rejim dan membentuk FSA (Free Syrian Army) yang diumumkan pada 29 Julai 2011.

Alhamdulillah, kemenangan semakin hampir hasil daripada usaha mujahidin yang sedang berjuang dan yang telah syahid dan juga hasil daripada bantuan Allah. Orang-orang kanan al-Assad seperti Jeneral Daoud Rajha Assef, Shawkat, dan Hassan Turkmani telah mampus dan ini memberikan tamparan yang hebat buat si laknat Bashar al-Assad. Sedang umat Islam di Syria berjuang, gema-gema Khilafah telahpun berkumandang di bumi Syria. Betapa mereka merindukan Khilafah dan Syariat, dan mereka tidak lagi takut akan ancaman Bashar al-Assad La'natullah.


Marilah kita bersama-sama mendoakan kejayaan para mujahid khususnya di Syria, Palestin, dan di tanah umat Islam yang sedang bergolak agar Khilafah yang dijanjikan oleh Nabi SAW ditegakkan. Bagaimana pula dengan kita di Malaysia? Adakah mahu berdiam diri lagi? Adakah kerana perut yang kenyang menyebabkan kita malas untuk berdakwah dan berjuang menentang kezaliman? Sesungguhnya, berdiam diri melihat kezaliman yang sedang berlaku adalah satu kemungkaran dan akan didakwa di hadapan oleh Allah kelak!

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِن تَنصُرُوا اللَّهَ يَنصُرْكُمْ وَيُثَبِّتْ أَقْدَامَكُمْ

"Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela agama Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu". [Muhammad (47):7]

Maksud hadis:

Masa kenabian itu ada di tengah-tengah kalian, adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya. Selanjutnya adalah masa Khilafah yang mengikuti jejak kenabian (Khilafah ’ala minhaj an-nubuwwah), adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya. Selanjutnya masa kerajaan yang menggigit (Mulkan ’Adhan), adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya. Setelah itu, masa kerajaan yang menyombong (Mulkan Jabariyyan), adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya. Kemudian adalah masa Khilafah yang mengikuti jejak kenabian (Khilafah ’ala minhaj an-nubuwwah). Kemudian beliau (Nabi) diam. [HR Ahmad]

sumber