Laman Kongsiadmin@lamankongsi.com

Budak Mati Ditinggal Ibu Dalam Kereta Selama 6 Jam

Jumaat, Jun 22, 2012

harith | Jumaat, Jun 22, 2012 |
kena tinggal dalam kereta, budak empat 4 tahun mati, ibu tinggal anak dalam kereta selama 4 jam, berusia, ditemui mati, tidur, sebab, punca

JOHOR BAHRU: Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun ditemui mati dalam kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Proton Exora milik ibunya selepas ditinggalkan dalam kenderaan itu selama lebih enam jam.

Kejadian berlaku kira-kira jam 1.30 tengah hari kelmarin dan kenderaan itu diletak berhampiran kantin di Sekolah Kebangsaan Bandar Uda 2, Tampoi, di sini.

Mangsa, Sharnaath Kumar disahkan mati di sebuah pusat perubatan swasta di bandar raya ini selepas dihantar untuk rawatan.

Difahamkan, mangsa dikatakan tidur dalam kenderaan itu sebelum ibunya, guru Bahasa Inggeris di sekolah berkenaan masuk ke kawasan sekolah kira-kira jam 6.50 pagi untuk melakukan beberapa tugasan.
sumber