Laman Kongsiadmin@lamankongsi.com

Askar Syria Guna Budak Jadi Perisai Manusia

Jumaat, Jun 15, 2012

harith | Jumaat, Jun 15, 2012 |
terkini syria, isu, jahat, rejim, kejam, tentera, buat perisai, bertempur, pemberontak, presiden, kerajaan, bashar al-assad, teruk, nyawa, bunuh, mangsa, keganasan, gerakan shabiha, pembunuhan, zalim, budak, bayi, orang, manusia, rakyat, sekatan senjata, wanita, lemah, tentang
Assad kini dikecam kerana menyebabkan ribuan kanak-kanak terbunuh akibat pergolakan di negara itu.

DAMSYIK – Laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), semalam mendakwa pasukan tentera Syria menggunakan kanak-kanak sekecil lapan tahun sebagai ‘perisai manusia’ semasa bertempur dengan kumpulan pemberontak.

Dalam laporan itu, PBB turut menyenaraikan kerajaan Presiden Bashar al- Assad sebagai negara bergolak paling teruk kerana krisis yang semakin meruncing tersebut telah meragut ribuan nyawa budak tidak berdosa.

“Golongan kanak-kanak berterusan menjadi mangsa keganasan di Syria. Mereka didera, dibunuh dan turut dijadikan perisai manusia oleh pasukan keselamatan pro-Assad termasuk gerakan shabiha,” kata wakil khas PBB, Radhika Coomaraswamy.

Difahamkan, laporan itu dilengkapkan sebelum tragedi pembunuhan beramairamai di Houla pada 25 Mei lalu yang menyaksikan 49 daripada 108 mangsa kezaliman rejim Assad adalah budak. Dalam satu kenyataan, kumpulan hak asasi manusia berpusat di New York (HRW) menyatakan Majlis Keselamatan PBB seharusnya mengenakan sekatan senjata ke atas Syria kerana mereka kini menyasarkan golongan lemah seperti kanak-kanak dan wanita sebagai sasaran keganasan.

Menurut HRW lagi, ada pihak mendakwa Tentera Bebas Syria (FSA) turut merekrut kanak-kanak untuk menentang kerajaan Assad.

Sehingga kini, sekurang-kurangnya 1,176 kanak-kanak telah terbunuh akibat konflik di negara tersebut yang bermula sejak Februari tahun lalu.
sumber