Laman Kongsiadmin@lamankongsi.com

5 Peradaban Purba Yang Hilang

Khamis, Jun 14, 2012

harith | Khamis, Jun 14, 2012 |

Kota-kota ini pernah menjadi pusat pemerintahan yang maju dan mempunyai organisasi pemerintahan yang cekap serta teratur. Kota-kota purba ini juga pernah didiami oleh penduduk yang ramai dan juga memiliki agama serta kepercayaan tersendiri. Namun, kota-kota ini telah ditinggalkan oleh penduduknya tanpa sebab yang jelas. Kini, kota-kota lama ini tidak berpenghuni namun sering dikunjungi oleh pelancong yang mengagumi keindahan senibina bangunan dan peradaban yang maju berbanding tamadun lain di zamannya.

1. Petra
maju, senarai, pusat pemerintahan, cekap, teratur, pupus, hilang, sejarah, purba, peradaban, kota-kota lama, cantik, kuno, menarik

Petra merupakan sebuah kota purba yang paling indah. Kota itu mula ditemui pada abad ke-18. Terletak di Jordan, kota ini memiliki struktur senibina yang menyerlah. Petra begitu terkenal dengan ukiran batuan yang unik di pergunungan. Kota ini kelihatan bagaikan kanvas hidup.

2. The Lost City Of Z

maju, senarai, pusat pemerintahan, cekap, teratur, pupus, hilang, sejarah, purba, peradaban, kota-kota lama, cantik, kuno, menarik

The Lost City Of Z merupakan peradaban hilang yang terletak di jauh di pedalaman Brazil. Kota hilang ini diklafikasikan sebagai peradaban maju kerana memiliki kemudahan canggih seperti jambatan, jalan, dan kuil-kuil. Hal ini dibuktikan dengan penemuan peninggalan alat-alat canggih di pedalaman hutan Amazon.

3. Memphis

maju, senarai, pusat pemerintahan, cekap, teratur, pupus, hilang, sejarah, purba, peradaban, kota-kota lama, cantik, kuno, menarik

Dibina pada tahun 3100 SM, Memphis adalah ibu kota Mesir kuno. Ia juga menjadi pusat pemerintahan peradaban selama ratusan tahun sebelum akhirnya ditinggalkan oleh penduduknya seiring dengan munculnya Thebes dan Alexandria. Terdapat banyak penemuan runtuhan bangunan-bangunan Mesir kuno di tempat ini.

4. Angkor

maju, senarai, pusat pemerintahan, cekap, teratur, pupus, hilang, sejarah, purba, peradaban, kota-kota lama, cantik, kuno, menarik

Daerah Angkor yang terletak di Kemboja ini begitu terkenal sebagai salah satu pusat industri pelancongan di Asia dan di dunia. Salah satu peninggalan paling terkenal adalah kuil Angkor Wat yang merupakan satu monumen keagamaan.

5. Pompeii

maju, senarai, pusat pemerintahan, cekap, teratur, pupus, hilang, sejarah, purba, peradaban, kota-kota lama, cantik, kuno, menarik

Kota Pompeii musnah setelah Gunung Vesuvius meletus dan mengubur seluruh komuniti kota itu dengan abu dan batu. Peninggalan-peninggalan sejarah berupa mayat-mayat yang menjadi batu, banyak ditemuidi kota ini. Saat meletusnya Gunung Vesuvius, kota itu memiliki sekitar 20000 orang penduduk . 
sumber
<