Laman Kongsiadmin@lamankongsi.com

Perahu Nabi Nuh A.S Telah Ditemukan

Sabtu, April 14, 2012

harith | Sabtu, April 14, 2012 |

SEORANG Belanda, Johan Huibers, yang telah membangunkan replika perahu Nabi Nuh AS yang sudah ditemukan tersebut berdasarkan ukuran-ukuran detail seperti dijelaskan di dalam beberapa kitab samawi.

Kitab Al-Quran mempunyai satu surah khusus mengenai kisah Nabi Nuh iaitu Surah Nuh yang mengandungi 28 ayat. Manakala di dalam surah Hud ayat 40–41 pula ditemui ayat berikut:

“Dan apabila datang hukum Kami untuk membinasakan mereka dan air memancut-mancut dari muka bumi (faara at-tannur), Kami berfirman kepada Nabi Nuh: Bawalah dalam bahtera itu dua dari tiap-tiap sejenis haiwan (jantan dan betina) dan bawalah ahlimu kecuali orang yang telah ditetapkan hukuman azab atasnya (disebabkan kekufurannya), juga bawalah orang-orang beriman dan tidak ada orang-orang yang beriman yang turut bersama-samanya, melainkan sedikit sahaja.

Dan (ketika itu) berkatalah Nabi Nuh (kepada pengikut-pengikutnya yang beriman): Naiklah kamu ke bahtera itu sambil berkata: Dengan nama Allah bergerak lajunya dan berhentinya. Sesungguhnya Tuhanku adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Terbayanglah bagaimana dahulu gelombang banjir yang sangat menakutkan dan umat Nabi Nuh dengan ratusan pasang binatang berada didalamnya: zirafah, gajah, singa, buaya, zebra, bison dan lain-lain.

Dan banjir besar itu datang lagi masa kini dengan nama Tsunami. 'Bahtera' itu adalah simbolik kepada ajaran-ajaran Allah yang diturunkannya kepada kita. Lantas dengan 'bahtera ajaran Allah' itu manusia selamat dengannya. Apalagi bjla kita dapati semasa tsunami berlaku, banyak masjid-masjid yang tidak musnah dan menjadi pelindung orang ramai bagaikan bahtera Nuh, yang menyelamatkan manusia beriman zaman itu. Wallahu 'alam.