Laman Kongsiadmin@lamankongsi.com

Telefon Paling Mahal Di Dunia

Isnin, Mac 19, 2012

harith | Isnin, Mac 19, 2012 |

Bila sebut Tag Heuer, yang terlintas dalam fikiran kita adalah produk jam tangannya yang bergaya dan eksklusif.

Namun ramai yang tak tahu, selain daripada jam tangan, syarikat itu juga ada menghasilkan cermin mata dan yang terbaru, telefon bimbit.

Mengambil inspirasi daripada Formula 1, syarikat tersebut menghasilkan telefon pintar Android yang dikenali sebagai Racer

Menariknya, Tag Heuer Racer didatangkan dengan kerangka luar tahan gegaran (shockproof rubber chasis) yang diperbuat dari bahan tahan lasak iaitu karbon fiber dan titanium.

Tag Heuer mendakwa telefon pintar Racer ini dikuasakan oleh cip prosessor berkelajuan tinggi, menggunakan Android versi terbaru (merujuk kepada Android 4 Ice Cream Sandwich), memiliki interface 3D boleh diubah tetapannya mengikut kemahuan pengguna.

Apapun Tag Heuer Racer hanya akan dijual melalui ‘butik-butik mewah’ serta penjual jam dan berlian terpilih (selected watch and jewellery retailers) bermula Julai 2012 ini.

Pada yang ‘hantu’ telefon bimbit dan sanggup berhabisan duit kerananya, Tag Heuer Racer mungkin tidak boleh dilepaskan.

Tetapi sebelum itu, ingin diingatkan yang harganya dijangka mencecah RM12,000 seunit, ada berani?