Lelaki Nekad Terjun Jambatan



MUAR – Akibat terlalu runsing menanggung beban hutang yang banyak, seorang lelaki bertindak nekad terjun ke dalam Sungai Muar.

Bagaimanapun, mayat lelaki berkenaan ditemui terapung oleh orang ramai berhampiran jeti di Jabatan Laut di sini, petang semalam.

Ng Yee Wee, 34, dilaporkan hilang oleh isterinya selepas keluar rumah kira-kira jam 3 petang kelmarin.

Berikutan bimbang, isteri mangsa yang berusia 27 tahun itu segera membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar selepas suaminya tidak pulang-pulang.

Timbalan Ketua Polis Da­erah, Superintendan Sa­hadan Jaafar, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkaitan kehilangan lelaki berkenaan.

Menurutnya, mayat lelaki terbabit yang lengkap berpakaian ditemui orang ramai ketika hanyut berhampiran jeti berkenaan kira-kira satu kilometer dari jambatan kedua kira-kira jam 3 petang semalam.

“Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarganya.

“Namun, kami masih menunggu laporan bedah siasat untuk mengetahui punca kematiannya,” katanya.

Lelaki Nekad Terjun Jambatan Lelaki Nekad Terjun Jambatan Reviewed by Admin on 3:07:00 PTG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.