Lelaki Cedera, Mangkuk Tandas Meletup



KUALA LUMPUR: Seorang lelaki yang sedang menggunakan tandas Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Sri Rampai di sini hari ini cedera di bahagian belakang badan apabila mangkuk tandas yang sedang digunakan berkecai akibat satu letupan. 

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan, berkata akibat kejadian 1.15 petang itu, mangsa Muhd Sakereen Basri, 22, cedera dan dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur untuk menerima rawatan.
"Mangsa cedera pada bahagian belakang badan dan peha akibat terkena serpihan, dan bahan letupan yang digunakan disyaki mercun...siasatan awal mendapati tiada lagi bahan letupan lain yang digunakan," katanya dalam satu khidmat pesanan ringkas (SMS).

Beliau berkata, pihak polis masih menjalankan siasatan berhubung kejadian ini sama ada wujud unsur sabotaj atau kecuaian dan kes disiasat mengikut Akta Bahan-bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.

Sementara itu, Pengurus Hal Ehwal Media Syarikat Prasarana Negara Berhad, Azhar Ghazali, ketika dihubungi, berkata pihaknya bekerjasama dengan polis yang menyiasat kejadian itu dan kejadian itu sama sekali tidak menjejaskan operasi LRT di stesen berkenaan.

"Saya harap orang ramai tidak perlu bimbang dengan perkara ini. Keadaan adalah selamat dan kita beroperasi seperti biasa," katanya. - Bernama

Lelaki Cedera, Mangkuk Tandas Meletup Lelaki Cedera, Mangkuk Tandas Meletup Reviewed by Admin on 6:35:00 PTG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.