Laman Kongsiadmin@lamankongsi.com

Kisah Manusia Disumpah Menjadi Kera

Ahad, Mac 25, 2012

harith | Ahad, Mac 25, 2012 |
Teori Charles Darwin, manusia adalah revolusi dari spesis monyet. Sebab itu manusia juga tergolong dalam spesis 'mamalia' sama macam monyet. Monyet betul. Sedangkan ini bertentangan dengan kejadian Nabi Adam A.S. Allah S.W.T berfirman ;

“Sesungguhnya Aku akan menciptakan seorang manusia dari tanah liat kering (yang berasal) dari lumpur hitam yang diberi bentuk. Lalu apabila Aku telah menyempurnakan kejadiannya, dan telah meniupkan kedalamnya roh (ciptaan)-Ku, maka tunduklah kamu kepadanya dengan bersujud”. (Surah Al-Hijr : Ayat 28-29).

Tapi dalam Al-Quran ada menceritakan kisah manusia disumpah menjadi kera. Peristiwa ini berlaku di zaman Nabi Daud A.S di sebuah bandar dimana Allah telah melarang mereka menangkap ikan pada hari Sabtu.

"Dan tanyakanlah kepada bani Israel mengenai negeri yang terletak berhampiran dengan laut ketika mereka melanggar peraturan pada hari Sabtu, pada masa datangnya ikan-ikan kepada mereka terapung-apung di permukaaan air, dan pada hari selain Sabtu ikan itu tidak datang kepada mereka. Demikianlah Kami menduga mereka disebabkan mereka berlaku fasik", (Surah Al-A'raf : Ayat 163)


Namun mereka ingkar.Sesetengah penduduk yang licik menggali kolam kecil di tepi pantai dan membuat saliran air supaya ikan ikan yang banyak pada hari Sabtu, masuk ke dlm kolam, dan mereka akan menangkapnya pada hari ahad.

Perkara itu telah menjadi satu kebiasaan. Penduduk yang berpegang teguh kepada syariat telah menegur perbuatan mereka namun tidak diendahkan malah ada yang berani menjawab:

“Sudah lama kami melakukan aktitiviti ini, tidak ada satu musibah pun yang menimpa kami melainkan kebaikan.” 

Ketika mereka bersikap sombong terhadap apa yang mereka dilarang mengerjakannya, Kami katakan kepada mereka : “Jadilah kamu kera yang hina”. (Surah Al-A'raf : Ayat 166)Maka mereka telah disumpah menjadi kera. Pengajarannya, bukan manusia evolusi kera tapi kera itu evolusi manusia. Cuma zaman sekarang banyak manusia yang tidak berakal hati perut berevolusi jadi monyet.


Mungkin hari ini musibah belum menimpa. Mungkin esok, mungkin lusa, mungkin juga di akhirat kelak. Wallahualam.