Kediaman Mawi Dipecah Masuk



Penyanyi Asmawi Ani atau lebih dikenali sebagai Mawi terpaksa melalui detik-detik cemas apabila kediamannya di Bangi Golf Resort dipecah masuk, awal pagi tadi.

Beliau bersama isteri, ibu mertua, nenek dan pembantu rumahnya turut diikat penjenayah.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner, Abdul Rashid Abdul Wahab berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 4-30 pagi.

Empat perompak dipercayai warga asing yang bertopeng dan bersenjatakan parang, memecah masuk ke rumah Mawi dengan mengumpil tingkap di tepi rumahnya.

Kediaman Mawi bagaimanapun tidak dilengkapi alat penggera namun kawasan perumahan kediaman itu katanya mengunakan khidmat pengawal keselamatan.

Akibat kejadian itu, Mawi kerugian kira-kira RM10 ribu.

Beliau dan ahli keluarganya bagaimanapun tidak dicederakan. 
sumber

Kediaman Mawi Dipecah Masuk Kediaman Mawi Dipecah Masuk Reviewed by Admin on 4:22:00 PTG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.