Kambing Biri-Biri Lahirkan Anjing



XIAN, China – Pakar-pakar veterinar menyatakan ia mustahil, tetapi seorang petani, Liu Naiying menganggap kelahiran anak anjingnya sebagai satu keajaiban, lapor sebuah akhbar semalam.

Naiying mendakwa, anak anjing itu dilahirkan oleh seekor biri-biri betina peliharaannya di ladangnya dekat sini, wilayah Shaanxi, tengah China.

Menurut petani tersebut, badan anak anjing itu dipenuhi bulu seperti seekor biri-biri tetapi mulut, hidung, mata, tapak kaki, dan ekornya menyerupai anjing, malah mamalia itu juga gemar bermain bersama anjing-anjing lain.

“Saya sedang menggembala biri-biri baru-baru ini apabila melihat seekor biri-biri menjilat anaknya yang baru lahir. Saya terkejut melihat anak biri-biri itu menyerupai seekor anjing,” kata Naiying.
sumber

Kambing Biri-Biri Lahirkan Anjing Kambing Biri-Biri Lahirkan Anjing Reviewed by Admin on 10:37:00 PTG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.