Hukum Memakai Gelaran Haji Atau Hajah



Sesiapa sahaja yang pergi ke Makkah untuk mengerjakan Haji atau Umrah, kebiasaan orang Arab termasuk pihak polis Arab akan memanggil mereka “Ya Haj” yang bermaksud “wahai haji”. Bukan sahaja orang melayu (Malaysia), tetapi semua bangsa yang berada di sana akan dipanggil oleh mereka “Ya Haj”. Maknanya kalau menunaikan umrah tetap dipanggil “Ya Haj”. 

Gelaran “haji” maknanya orang yang telah menunaikan atau mengerjakan haji atau umrah. Kedua-duanya dipanggil haji iaitu orang yang telah menunaikan hajat mengerjakan haji dan umrah. Cuma budaya di Malaysia tidak memanggil haji kepada mereka yang pergi buat Umrah.

Mengenai gelaran itu terpulang kepada individu yang terbabit. Kalau hendak letakkan “Haji” bagi kaum lelaki dan “Hajah” bagi kaum wanita di hadapan nama tidak menjadi halangan. Jika tidak mahu letakkan gelaran pun tidak mengapa. Semua itu harus di sisi Islam. 

Akan tetapi jika mempunyai niat untuk menunjuk-nunjuk gelaran itu sehingga membawa riyak adalah berdosa. Atau jikalau tidak mahu letakkan gelaran itu kerana takut riyak adalah dibimbangkan rasa itu sudah menjadi riyak maknanya haruslah ditinggalkan atau tidak diletakkan. 

Sebanarnya, walaupun seseorang itu tidak meletakkan gelaran “haji” atau “hajah” di hadapan namanya, tidaklah menghilangkan haji yang dilakukan itu. Tetapi kebiasaanya orang yang sudah mengerjakan haji, akan dipanggil Haji oleh masyarakat sekeliling walaupun pada namanya tiada ditulis gelaran haji. Sesungguhnya jika dipanggil gelaran haji, hendaklah bersyukur kepada Allah SWT kerana mereka terus mendoakan. 
sumber

Hukum Memakai Gelaran Haji Atau Hajah Hukum Memakai Gelaran Haji Atau Hajah Reviewed by Admin on 5:59:00 PTG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.