Doktor Bedah Pesakit Tanpa Ubat Bius



Seorang lelaki berusia 69 tahun, Joao Teixeira de Faria dikenali sebagai pakar bedah psikik ekoran dia melakukan pembedahan ke atas pesakit tanpa menggunakan ubat bius.

Baru-baru ini, Faria cumamenggunakan sebilah pisau dapur untuk membuang sesuatu seperti selaput pada kedua-dua belah mata seorang lelaki Colombia, Juan Carlos Arguelles.Arguelles, 29, kabur penglihatan selama 12 tahun kerana menghidap penyakit keratokonus yang menyebabkan kornea matanya menipis.

Menurut Arguelles, penglihatannya pulih sebanyak 80 peratus seminggu selepas menjalani prosedur tersebut dan bertambah baik pada setiap hari.

"Doktor-doktor perubatan moden boleh berkata apa sahaja tentang kaedah perubatan ajaib ini tetapi saya tidak peduli," katanya.Namun, de Faria menafikan dia memiliki sebarang kuasa ajaib ketika ditemu bual oleh agensi berita Associated Press (AP) di sini."Tuhan yang menyembuhkan pesakit saya. Saya cuma perantara yang mengubati mereka," katanya.

De Faria yang berasal dari sini, barat daya ibu kota Brazil, Brasilia memberitahu, dia sudah lima dekad melakukan pembedahan psikik.Kata de Faria, dia akanmenggunakan kebolehannya untuk memukau pesakit agar tidak merasa sakit semasa dibedah.
sumber

Doktor Bedah Pesakit Tanpa Ubat Bius Doktor Bedah Pesakit Tanpa Ubat Bius Reviewed by Admin on 7:42:00 PG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.