Ditetak di Kepala ,Tengkuk dan Telinganya Dihiris



KULIM - Seorang lelaki warga Myanmar, Teo Naing, 22, ditemui mati dalam keadaan terlentang dan berlumuran darah di ruang tamu rumah sewanya di Taman Kemuning kira-kira jam 2.30 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh yang ditemui di tempat kejadian berkata, mangsa tinggal bersama empat rakan dan seorang penyelia di rumah.

Menurutnya, sebelum kejadian jiran mangsa terdengar mangsa dan beberapa orang lagi bertengkar di dalam rumah sebelum memaklumkan kepada penyelia mereka yang ketika itu berada di Baling atas urusan kerja bersama dua pekerja lain.

“Setelah dimaklumkan, penyelia terlibat bergegas pulang ke rumahnya di Taman Kemuning. Apabila dia membuka pintu, dia ternampak mangsa terbaring dalam keadaan berlumuran darah sebelum menghubungi ambulan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) untuk bantuan kecemasan.

“Bagaimanapun mangsa di sahkan meninggal dunia. Polis tidak menolak kemungkinan mangsa dibunuh berdasarkan kesan luka yang terdapat di badannya,” katanya.

Ghuzlan berkata, polis telah mengenal pasti suspek terlibat dan usaha memburu mereka sedang giat dijalankan, manakala kes akan disiasat dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Menurutnya, hasil pemeriksaan dibuat oleh pakar forensik mendapati, mangsa ditetak di bahagian kepala dan tengkuk manakala telinganya dihiris.

Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Kulim untuk bedah siasat sebelum dihantar pulang ke nagara asalnya.

Ghuzlan berkata, polis telah mengenal pasti suspek terlibat yang merupakan rakan serumah mangsa dan sedang memburunya. 
sumber

Ditetak di Kepala ,Tengkuk dan Telinganya Dihiris Ditetak di Kepala ,Tengkuk dan Telinganya Dihiris Reviewed by Admin on 9:10:00 PTG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.