Laman Kongsiadmin@lamankongsi.com

Di sebalik Bill Gates dan Vaksin

Selasa, Mac 13, 2012

harith | Selasa, Mac 13, 2012 |

Siapa tidak kenal Bill Gates. Beliau ialah bilioner nombor satu Amerika Syarikat dan antara orang terkaya di dunia. Sebahagian orang yang gemar mengaitkan kekayaan seseorang dengan bangsa seperti mengatakan Bill Gates berbangsa Yahudi. Hakikatnya ramai juga yang kaya tapi bukan berbangsa Yahudi.

Menurut siasatan penulis nenek-moyang Bill Gates berbangsa Inggeris, German dan Scotland-Ireland. Susur galur keluarganya sejak 1700-an tiada seorang pun yang berbangsa Yahudi. Nama Bill Gates yang sebenar ialah William Henry Gates III iaitu nama berdasarkan nama ayahnya dan datuknya.

Selain menempa nama dan mengaut keuntungan besar kerana memonopoli perisian sistem operasi komputer Windows, Gates dikatakan melabur dalam bidang penyelidikan dan pembangunan melalui Bill & Melinda Gates Foundation konon bertujuan membantu kemaslahatan kesihatan manusia sejagat.

Program pemvaksinan

Gates menyalurkan beratus juta dolar melalui Bill and Melinda Gates Foundation untuk program pemvaksinan di seluruh dunia. Antara program yang masih pada tahap penyelidikan ialah pembangunan vaksin cetusan peluh (sweat-triggered vaccines). Ia adalah teknologi partikel nano yang menembusi kulit melalui akar rambut. Partikel nano ini seterusnya akan pecah apabila bertemu dengan peluh manusia bagi melepaskan vaksin.

Gates Faundation meluluskan 78 projek penyelidikan, iaitu setiap projek menerima peruntukan 100,000 dolar sebagai sebahagian dari Grand Challenges in Global Health Programme.

Menurut TIME.com, 10 projek secara khusus memfokuskan kepada beberapa teknologi baru untuk perancangan keluarga termasuk sejenis pil yang berupaya menghalang pertumbuhan dan kematangan sperma. Teknologi dalam bidang sama juga memfokuskan kepada penghasilan sebatian kimia bagi menghalang sperma untuk sampai ke telur.

Terkini, BBC News (1 Januari 2012) melaporkan bahawa beberapa saintis dari Universiti Carolina Utara yang menerima geran daripada Gates Foundation, telah mendedahkan hasil penyelidikan mereka berhubung teknologi kontraseptif kaum lelaki menggunakan ultra bunyi.

Pendedahan dua dos ultra bunyi setiap satu mengambil masa lima belas minit ke atas tikus makmal didapati mengurangkan jumlah dan integriti (kekukuhan) sperma secara signifikan. Apabila didedahkan selang dua hari, bilangan sperma tikus didapati jatuh kepada 10 juta per mililiter. Bilangan tersebut adalah lima juta kurang daripada julat sub-subur dan dikatakan akan berkekalan selama enam bulan.

Langkah Bill Gates melalui Gates Foundation dalam pembangunan teknologi vaksin luar biasa iaitu vaksin cetusan peluh dan teknologi kontraseptif/pemandulan dilihat oleh golongan pengkritik sebagai usaha beliau mengehadkan bilangan penduduk dunia. Langkah agensi-agensi Kesihatan di Amerika Syarikat mewajibkan seorang kanak-kanak untuk menerima 68 jenis vaksin hingga ia masuk kolej dilihat amat selari dengan usaha Gates.

Kematian bayi


Ramai dalam kalangan bayi dan kanak-kanak Amerika Syarikat dikatakan mengalami kematian mengejut dipercayai berpunca dari pemvaksinan. Pemvaksinan yang dikatakan paling tidak munasabah adalah menggabungkan beberapa jenis vaksin sekali gus dalam satu suntikan. Pemvaksinan jenis ini dijalankan pada tempoh yang rapat dikatakan punca bayi dan mengalami komplikasi kesihatan termasuk kematian.

Jurnal Human and Experimental Toxicology (2011) melaporkan kaitan secara statistik antara dos vaksin yang tinggi dengan kadar kematian bayi di negara maju. Amerika Syarikat adalah negara yang menghendaki bayi menerima jumlah vaksin tertinggi di dunia, namun malangnya ia juga menduduki tempat teratas dalam kematian bayi.

Ketua Saintis Penyelidik, Neil Z Miller, meminta penyelidikan lanjut dijalankan untuk mengenal pasti kaitan antara dos vaksin, ketoksikan biokimia/sinergi dengan kadar kematian. Mengapa ramai saintis dan sebahagian pakar perubatan alternatif bimbang dengan pemvaksinan?

Selain serpihan protein virus, vaksin mengandungi bahan beracun kepada saraf seperti merkuri dan aluminium. Aluminium dalam bentuk sebatian ditambah sebagai bahan pengaktif sistem imun. Vaksin juga mengandungi kimia beracun seperti ethylene glycol, formaldehyde dan phenol.

Sesetengah vaksin ditambah antibiotik seperti Neomycin and streptomycin. Paras merkuri dikatakan beratus kali ganda dari paras yang dibenarkan untuk manusia. Vaksin flu misalnya mengandungi 25 mikrogram thimerasol dan paras merkuri ialah 49 peratus dalam bentuk isi padu. Paras merkuri dalam thimerosal dikatakan 250 kali ganda melebihi paras dibenarkan oleh Agensi Pemeliharaan Alam Sekitar Amerika.

Kurangkan penduduk dunia

Selain mati secara mengejut pada bayi, vaksin juga dikatakan boleh menyebabkan sawan, tindak balas alahan melampau dan lumpuh. Pengkritik juga menyatakan pemvaksinan boleh menyebabkan masalah hiperaktiviti kurang tumpuan (attention deficit hyperactivity disorders, ADHD), autisme, sindrom Perang Teluk dan multiple sclerosis.

Ketika berceramah mengenai pelepasan karbon dioksida di persidangan TED (Technology, Entertainment, Design) pada awal 2010, Gates secara terang-terangan menyatakan bahawa vaksin berupaya mengurangkan penduduk dunia. Beliau mengusulkan formula berikut: CO2 = P x S x E x C. P = People (manusia), S = Service (perhidmatan), E = Energy (tenaga) dan C = karbon dioksida per unit tenaga.

Seterusnya beliau menambah, “Untuk menurunkan karbon dioksida kepada sifar kemungkinan besar salah satu dari nombor ini perlu diturunkan kepada angka mendekati sifar,” katanya

Kemudian Gates menerangkan bagaimana P boleh dikurangkan. Beliau berkata, “Dunia hari ini mempunyai 6.8 juta orang.Ia akan meningkat kepada 9 bilion. Sekarang jika kita berjaya dengan vaksin baru, penjagaan kesihatan (moden), perkhidmatan kesihatan reproduktif, kita mampu untuk mengurangkan jumlah (9 bilion) mungkin sebanyak 10 atau 15 peratus,” katanya.

Untuk mendengar ceramah Bill Gates mengenai mengurangkan manusia dalam usaha mengurangkan pemanasan dunia ini sila tengok video di bawah: