Bongkar Rahsia Bagaimana Mereka Lakukan Silap Mata?



Sepertimana trik-trik yang dilakukan dalam sukan gusti, begitulah juga dalam permainan silap mata. Mungkin ramai dari dulu hingga sekarang yang merasakan bahawaDavid Copperfield,Criss Angel, David Blaine, Dan Sperry dan sebagainya tu adalah ahli sihir yang menggunakan bantuan jin.

Sebenarnya, silap mata yang dibuat di atas pentas atau di jalanan, hanyalah menggunakan kemahiran untuk menipu, props (alat-alat) untuk menipu dan mencipta ilusi-ilusi yang menipu mata manusia.

Ditambah lagi dengan jurukamera yang memang sudah berpakat, dan bagi trik-trik tertentu, penonton-penonton ada yang sudah dibayar, untuk masuk ke rancangan televisyen. Tetapi kebanyakan trik yang senang dibuat, memang digunakan penonton orang awam yang tiada kaitan.

Dan ianya perlukan kemahiran yang tinggi dan latihan yang giat, bukannya senang mahu lakukan banyak trik silap mata, lebih-lebih lagi yang pelik-pelik.

Dibantu pula oleh teknologi yang macam-macam dah ada, kerana itulah silap-silap mata zaman sekarang pun semakin canggih. Lihat saja silap mata zaman dulu, tak canggih mana kalau dibandingkan dengan zaman sekarang. Maka antara kunci kecanggihan silap mata ialah TEKNOLOGI.



David Copperfield lakukan persembahan silap mata mengerat tubuhnya dengan gergaji letrik besar. Lihat di bawah untuk mengetahui rahsianya.


Teknik yang digunakan oleh David Copperfield untuk mengerat tubuh. Teknik yang lebih kurang sama juga digunakan, seperti video Magic's Biggest Secrets Finally Revealed, iaitu yang kedua dari bawah nanti

Perhatikan meja itu dibuat 2 lapisan, yang jika dilihat dari tepi, seolah-olah ianya nipis dan tidak muat untuk tubuh manusia. Sedangkan jika digabungkan ketebalan lapisan bawah, dengan ruang di tengah-tengah dan lapisan atas, sudah tentu akan muat tubuh manusia. Itu hanyalah teknik memberikan kekeliruan ilusi pada manusia.

sumber

Bongkar Rahsia Bagaimana Mereka Lakukan Silap Mata? Bongkar Rahsia Bagaimana Mereka Lakukan Silap Mata? Reviewed by Admin on 11:56:00 PG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.