Laman Kongsiadmin@lamankongsi.com

Bahaya Perokok Pasif Berbanding Perokok Aktif

Selasa, Mac 27, 2012

harith | Selasa, Mac 27, 2012 |

Mungkin sebahagian orang berfikir tidak merokok dapat mengelakkan dirinya dari pelbagai penyakit akibat merokok. Jangan salah, anda boleh saja merokok secara tidak langsung akibat dari asap rokok orang lain.

Itulah yang di sebut perokok pasif. Perokok pasif menghirup asap dari rokok orang lain yang tersebar luas di udara, maka di pastikan risiko penyakit yang di terima oleh perokok pasif sama dengan perokok aktif.

Tetapi, berdasarkan hasil penelitian membuktikan bahawa justeru bahaya yang di terima perokok pasif lebih tinggi dari perokok aktif. Sekitar 25 peratus zat berbahaya yang terkandung dalam rokok langsung masuk ke tubuh perokok aktif tersebut. Sedangkan 75 peratus lagi tersebar melalui asap perokok yang tersebar luas di udara yang kemudian tersedut oleh orang lain.

Selain itu, bahaya yang diterima perokok pasif lebih besar kerana perokok pasif menghisap asapnya tidak terfilter. Sedangkan racun yang diterima perokok aktif terfilter melalui hujung merokok. Tetapi semua akan berbalik berbahaya kepada perokok aktif jika ia kembali menghirup asap yang di hembuskannya.

Kerana itu, perokok aktif harus pandai memilih tempat yang betul untuk merokok agar tidak merugikan orang lain. Terutama pada anak kecil, anak kecil yang sering menjadi perokok pasif boleh mengganggu mental, bahkan mereka lebih terdedah terkena berbagai penyakit seperti asma, dan penyakit paru-paru di kelak masa tuanya.