Akhbar Salah Terjemah Perkataan, Seorang Doktor Hidup Tertekan



Seorang pegawai perubatan di Singapura, Dr. Saifuddin Sidek digantung khidmat selama tiga bulan oleh Majlis Perubatan Singapura (SMC) kerana memberi ubat benzodiazepine berpanjangan kepada seorang pesakit.

Namun kesalahan terjemahan Bahasa Melayu yang dibuat akhbar Berita Harian Singapura daripada kenyataan Bahasa Inggeris yang dikeluarkan SMC telah menambahkan lagi ‘sengsara’ doktor terbabit.

Dalam laporan yang disiarkan pada 10 Mac lalu itu, Berita Harian Singapura melaporkan Dr.Saifuddin digantung khidmat selama tiga bulan setelah didapati bersalah gagal melaksanakan tugas secara profesional dan dikecam kerana berkelakuan TIDAK SENONOH terhadap seorang pesakit wanita.

Sebenarnya perkataan yang digunakan oleh SMC ialah ‘inappropriate’ iaitu bermaksud ‘tidak sesuai’ atau ‘tidak bertempat’.

Dr. Saifuddin menyifatkan perkataan TIDAK SENONOH yang disiarkan akhbar itu memberi impak yang besar kepada dirinya, isteri, anak-anak serta para anggota keluarga yang terdekat.

Dakwanya, kesilapan tersebut telah menyebabkan salah pandangan masyarakat umum terhadap kelakuan dan kewibawaan beliau kerana istilah TIDAK SENONOH itu telah memberi konotasi negatif terhadap dirinya.
Biarpun telah dua minggu berita mengenainya tersiar, Dr Saifuddin dan isteri akur bahawa kesannya begitu berat untuk ditanggung oleh setiap ahli keluarganya.

Ibu Dr Saifuddin dan ibu mentuanya jatuh sakit apabila berita tersebut tersiar di halaman depan Berita Harian.
Anak perempuannya pula begitu terkejut dan tergamam sehingga sukar untuk menerima laporan sedemikian, sedangkan beliau tahu bapanya adalah seorang yang amat dihormati di mata keluarga dan dipandang tinggi oleh masyarakat.

Difahamkan Berita Harian Singapura telah memohon maaf di atas kesilapan terjemahan yang telah mereka lakukan mereka.


Akhbar Salah Terjemah Perkataan, Seorang Doktor Hidup Tertekan Akhbar Salah Terjemah Perkataan, Seorang Doktor Hidup Tertekan Reviewed by Admin on 7:05:00 PTG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.