Lingkaran Misteri di Gunung Salji



Seorang artis, Simon Beck sanggup menghabiskan masa selama beberapa jam untuk menghasilkan lingkaran misteri tanpa dibantu orang lain di sebuah pusat pelancongan yang menjadi tumpuan penggemar sukan luncur salji di Savoie, Perancis.

Beberapa lingkaran misteri dihasilkannya mampu mencapai saiz sebesar enam buah padang bola sepak dan ia dihasilkan secara terbalik kerana proses yang rumit seperti perlu meredah laluan sukar serta bersalji.

“Saya menggunakan kompas untuk membuat lakaran dan titik utama corak lingkaran itu. Dan ia dihasilkan dengan hanya berjalan sambil memakai kasut salji,” katanya.

Difahamkan, tujuan utama projek seni tersebut dilakukan adalah untuk menyembuhkan kakinya, iaitu dengan cara berjalan di atas salji.
sumber

Lingkaran Misteri di Gunung Salji Lingkaran Misteri di Gunung Salji Reviewed by Ahmad Harith on Sabtu, Februari 25, 2012 Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.