Laman Kongsiadmin@lamankongsi.com

Cara Mencari Muka Surat Dalam Al-Quran

Khamis, Januari 26, 2012

harith | Khamis, Januari 26, 2012 |

Al-Quran adalah peninggalan Rasulullah kepada kita semua umatnya. Ada 2 benda yang Nabi Muhammad Shallallahu ‘Alaihi Wasallam tinggalkan kepada kita iaitu Al-Quran dan juga Sunnah untuk kita semua amalkan. Berapa kali korang baca Al-Quran sehari? 1 kali? 2 kali atau dalam solat sahaja? Pahala paling senang nak dapat adalah melalui pembacaan Al-Quran kerana setiap huruf diberikan 10 pahala, tambahan pula Al-Quran adalah kalam Allah (datang daripada Allah sendiri bukan diciptakan manusia)

Tip yang nak dikongsikan ni adalah cara untuk menghafal muka surat setiap juzuk Al-Quran. Memang menakjubkan kerana hanya dengan menggunakan formula matematik ringkas, kita dapat tahu muka surat setiap juzuk Al-Quran.

Jom sama-sama kita belajar…

Contoh 1

Jika anda ingin mengetahui Juzuk 5 di halaman ke berapa:


  1. 5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8
  2. Letakkan no 2 selepas jawapan.
  3. Jadi, juzuk 5 adalah pada halaman 82Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzuk 5 bermula pada halaman 82. Menarikkan?


Contoh 2

Jika anda ingin mengetahui Juzuk 10 di halaman ke berapa:

  1. 10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18
  2. Letakkan no 2 selepas jawapan.
  3. Jadi, juzuk 10 adalah pada halaman 182

Contoh 3

Jika anda ingin mengetahui Juzuk 23 di halaman ke berapa:

  1. 23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44
  2. Letakkan no 2 selepas jawapan.
  3. Jadi, juzuk 23 adalah pada halaman 442
Subhanallah, memang menakjubkan kan kawan-kawan. Sama-sama kita kongsikan kepada kawan-kawan kita yang lain, adik-adik kita, keluarga kita supaya kita sama-sama mendapat pahala.

Dipanjangkan info ini..moga dipanjangkan pahala bagi yang menulisnya…Amiin.

p/s: Contoh di atas adalah untuk Quran standard (Resm Uthmani) yang biasanya digunakan oleh umum untuk mengaji dsb sahaja.