Laman Kongsiadmin@lamankongsi.com

10 Perkara Yang Wanita Inginkan

Selasa, Januari 17, 2012

harith | Selasa, Januari 17, 2012 |

Wanita memang makhluk yang sukar diramal dan kadang-kala sering membingungkan lelaki. Tetapi sebenarnya wanita tidaklah serumit dan semisteri yang anda anggap, asalkan kita mengetahui apa sebenarnya yang mereka inginkan.

Berdasarkan pungutan suara yang dilakukan oleh Yourtango, mereka telah menyenaraikan 10 perkara mudah yang benar-benar wanita inginkan dan mungkin mewakili kebanyakan makhluk hawa tersebut.

1. Penghargaan
Siapa kata lelaki sahaja yang perlu dihargai? Wanita pun inginkan pendapatnya, kerjaya, hobi, teman, tubuh dan fikirannya dihargai. Jika anda tidak bersetuju dengan apa yang dilakukan atau diucapkannya, cubalah menghargainya dan berfikir positif bahawa pendapatnya merupakan sumbangan yang sangat bererti bagi anda, berbanding daripada menentangnya dengan terlalu keras atau memarahinya.

2. Seks
Tentu sahaja wanita mahukan seks sebagaimana halnya lelaki. Tetapi yang perlu diingat, seks yang diinginkan wanita bukan hanya sekadar ‘seks’. Hanya berikan sentuhan fizikal yang kecil seperti urutan di bahu, kaki atau kepala pun merupakan salah satu bentuk seks yang menyentuh hati bagi wanita.

3. Romantik
Suasana romantik boleh dicipta di mana sahaja, tidak perlu dengan makan malam atau menonton filem romantik di pawagam. Nyalakan beberapa lilin di rumah anda dan buatlah si dia seperti seorang kekasih yang benar-benar anda idamkan, bahkan jika sudah menjadi isteri sekalipun.

Semua perkara yang membuat anda jatuh cinta terhadapnya dahulu tidak perlu berhenti apabila anda sudah berkahwin dan mempunyai tugas lain seperti membersihkan rumah dan menguruskan anak. Memberi hadiah atau memberikan bunga pada pasangan tanpa sebab merupakan satu idea romantik yang patut dicuba.

4. Waktu
Mengucapkan kata-kata cinta memang boleh melalui bunga, tetapi menggunakan masa terluang untuk bersama dan melayan wanita dengan menjadikannya sesuatu perkara utama jauh lebih mewakili rasa cinta berbanding memberikan hadiah atau apa-apa barang sekali pun.

Antara contoh lain termasuk lah membantunya menyelesaikan kerja-kerja rumah sekiranya dia telah menjadi isteri anda. Jika anda tiba terlebih dulu di rumah dari pejabat, tidak salah pun jika anda membersihkan rumah dan memberi kejutan yang menggembirakan untuk isteri.

5. Makan Malam
Bagi seorang isteri yang sibuk bekerja dari pagi hingga ke petang, menyiapkan makan malam mungkin merupakan satu beban yang membuatkannya malas memasak di dapur.

Walaupun anda tidak pandai memasak, tapi menyambutnya dengan menu masakan anda di dapur, pasti akan membuatkannya gembira, kerana dia pasti akan berpendapat bahawa anda sanggup berusaha dan sangat memahami dirinya.

6. Komunikasi
Wanita adalah makhluk yang senang untuk berbicara. Mereka tahu anda mencintainya, tapi mendengar terus dari mulut anda pasti akan betul-betul membahagiakannya. Hanya beritahu kepadanya jika dia kelihatan cantik dan sangat seksi. Cara sebegini pasti akan membuatkan perasaan mereka sangat gembira.

Ketika wanita disebut seksi, dia pun akan berfikir dan berkelakuan seksi, walaupun sebelum ini dia tidaklah seksi sekalipun. Katakan bahawa masakannya sedap dan lazat. Ucapkan terima kasih kerana telah menghantar anak-anak ke sekolah atau mencuci bilik mandi. Biarkan dia tahu bahawa anda melihat usahanya dan berterima kasih kepadanya.

7. Konsisten
Maksud konsisten ini bukan bererti anda harus menjadi seseorang yang membosankan dan mudah dibaca. Maksudnya adalah dengan cuba dan berusahalah memberinya sokongan dan cinta secara konsisten dan dengan tenaga yang tidak habis-habis agar dia merasa selesa.

8. Tekad Yang Kuat
Mempunyai tekad yang kuat bererti anda harus bersedia memperjuangkan apa sahaja demi pasangan anda. Caranya adalah anda tidak lah perlu melakukan perkara-perkara besar, cubalah memperhatikan hal-hal kecil seperti memberi perhatian ketika berbicara dengannya.

9. Humor dan Rasa Malu
Dua sifat ini saling berkaitan, ertinya mempunyai rasa humor harus terhad dengan rasa malu. Wanita memang senang mempunyai pasangan yang lucu dan suka berjenaka. Tetapi mereka tidak mahu pasangannya membuat perkara yang memalukan di depan umum.

10. Cabaran
Wanita yang rasa bermotivasi dan mendapat kejutan daripada pasangan mengakui merasa hidupnya lebih bahagia. Berdasarkan hasil Poling, wanita lebih bahagia ketika mendapat dorongan daripada pasangan untuk mencapai setiap tujuan hidupnya, kerana dia akan merasa seolah diberi semangat untuk mencapai tujuan tersebut.
sumber