Laman Kongsiadmin@lamankongsi.com

Fan FB Jep Sepah Telah Di Hack Dan Ramai Telah Ditipu


Jep Sepah , sape yang tak kenal salah seorang dari Juara Maharaja Lawak kan. Tao telah diberitahu bahawa Fb fan untuk Jep Sepah telah di hack dan si hacker tersebut menyamar diri nya sebagai Jep Sepah tanpa diketahui dan ramai telah ditipu.
Asalnya account facebook tersebut adalah untuk jep beberapa orang admin berhubung secara direct kepada jep tetapi dalam beberapa bulan yang lepas group admin jep dan grup hackers bertarung bagi mendapatkan account tersebut dan setakat ini account tersebut masih di kawal oleh hackers tersebut.
Manakala motif account tersebut di godam masil lagi kurang jelas dan tidak dapat dipastikan kenapa samaada terdapat rasa tidak puas hati atau pon terdapat hasrat yang tidak baik terhadap seseorang itu.




Buat masa ini penggodam tersebut masih lagi menyamar menjadi jep dan masih lagi dan terus membohonh fan jep. Kepada korang yang baca nih tolong share kerana masih ramai yang belum tau.

Pekerja Bengkel Mencipta Robot Transformer

HUANG LIANFEI menyiapkan robot seperti yang terdapat dalam kartun Transformers di sebuah bengkel pertukangan logam di Shenyang, China semalam.
Seorang pekerja di sebuah bengkel pertukangan logam di sini, Huang Lianfei mencipta satu model robot berdasarkan salah satu watak dalam kartun Transformers.

Dia menggunakan beberapa komponen kenderaan yang terbuang untuk menghasilkan robot itu.
Lianfei telah mengambil masa selama sebulan untuk menghasilkan robot tersebut.

Keputusan Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2011


Berikut merupakan Keputusan Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2011. Keputusan yang sama rata, sama adil dah macam ada deal dah pun namun keputusan pihak terbabit adalah muktamad dan kita seharusnya menghormati Keputusan Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2011 ini dengan hati yang terbuka tanpa adanya sebarang spekulasi yang tidak sepatutnya.

Tahniah Kepada Semua Pemenang!
Kelab Terbaik
Selangor PKNS FC

FA Terbaik
Selangor FA

Penjaga Gol Terbaik
Khairul Fahmi Che Mat (KELANTAN FA)

Pertahanan Terbaik
Norhafiz Zamani Misbah (N.SEMBILAN FA)

Midfield Terbaik
Safiq Rahim (SELANGOR FA)

Penyerang Terbaik
Norshahrul Idlan Talaha (KELANTAN FA)

Pemain Harapan
Wan Zack Haikal (HARIMAU MUDA A)

Jurulatih Terbaik
Irfan Bakti Mohd Salim (TERENGGANU FA)

Pemain Paling Bernilai Supermokh
Norshahrul Idlan Talaha (KELANTAN FA)

Malam ini Astro Arena akan menyiarkan rakaman Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2011, jam 8.00 malam.

Zizan Nin Dijangkiti Virus HIV?


Hasil pemeriksaan yang dibuat, doktor mengesahkan dia telah dijangkiti virus HIV. Yer betul, pelakon terkenal, Zizan Nin lah orang yang dimaksudkan.

Opps, nanti sekejap! Sebelum timbul spekulasi yang bukan-bukan, dijelaskan bahwa berita ini sebenarnya adalah watak Zizan menerusi telemovie Titis Titis Merah yang bakal disiarkan di Astro 131 Citra pada 1 Disember (esok) 2011 pada pukul 11 malam.

Dalam telemovie ini, Zizan memegang peranan sebagai Nazri mangsa virus HIV,  yang mana dia sendiri tidak ketahui dari manakah puncanya.

Dia dinasihatkan oleh majikannya untuk membuat pemeriksaan kesihatan kerana sering kelihatan lemah, mengalami selsema berpanjangan, serta hilang konsentrasi kerja (tanda-tanda awal simptom positif virus HIV).

Pemeriksaan doktor mengesahkan dia dijangkiti virus HIV. Setelah diketahui majikannya, dia di nasihatkan untuk berhenti kerja, manakala keluarga dan masyarakat setempat pula menjauhkan diri dari Nazri. Bak kata pepatah, sudah jatuh di timpa tangga. Nazri dihina, dipulaukan serta dipandang jijik oleh masyarakat setempat. Dia terpaksa mengharungi kehidupannya sendirian setelah ditinggallkan isteri dan anaknya. Kedangkalan pemahaman mengenai pesakit HIV menyebabkan mereka di sekeliling Nazri menuduhnya dengan pelbagai tohmahan.

“Titis Titis Merah” sarat dengan mesej dan kesengsaraan pengidap HIV AIDS dan bertepatan dengan tayangannya bersempena dengan Hari AIDS Sedunia pada 1 Disember 2011. Arahan novelis terkenal, Abd Rahim Awang dimana antara novel tulisannya adalah Orang Ke 3, Obsesi, Mama, Saka, Meterai, Legasi, Jejak Jejak Songsang, Generasi Yang Hilang, Zamrud, Jaguh dan Konspirasi.

Bagi melakonkan watak Nazri, menurut kenyataannya di portal Gua.com, Zizan banyak membuat kajian melalui internet, pembacaan serta bantuan penulis yang juga pengarah telemovie ini.

“Sebagai seorang pelakon, saya percaya isu yang dipaparkan dalam telemovie ini adalah salah satu inisiatif untuk mendidik penonton agar celik dan bijak dalam menangani isu sejagat yang melanda dunia hari ini. Harapan saya, agar kita semua lebih terbuka apabila menonton cerita ini kerana ia mungkin akan berlaku kepada kita, ahli keluarga kita atau orang yang tersayang dengan kita suatu hari nanti” kata Zizan Nin.

Malah Zizan Nin sendiri pernah dilantik sebagai “MOTOROLA RED Ambassadors” pada 2008 mewakili Malaysia berganding bahu menyertai ‘MOTOROLA International RED Ambassadors’ untuk mengumpul dana bagi membasmi penyakit AIDS di Afrika.

Beliau berharap untuk terus beraksi dan diberi tawaran untuk melakonkan lebih banyak lagi watak seumpamanya dan tidak mahu hanya dilihat menyajikan hiburan semata mata, ujar pelakon filem kenegaraan "Tanda Putera" yang akan menemui penonton di pawagam pada tahun depan.

Makan Manusia Hidup-Hidup Dengan Ganas Di China


Masyarakat Kanibal Pemakan Daging Wanita di Cina, Sebuah desa terpencil di negara China, setiap tahun menjelang imlek, mereka akan melakukan pesta pemotongan daging secara besar-besaran.Karena bagi mereka, DAGING merupakan makanan mewah yg susah dijangkau.
Sehingga mereka hanya bisa memakannya setiap tahun sekali saja dan hanya pada hari imlek tersebut.Desa terpencil ini berada di negara china. Walau terpencil, namun setiap wisatawan yang ingin ke salah satu tempat wisata di china, bakal melewati desa tersebut. Jika ada wisatawan tunggal yg melakukan perjalanan, mereka biasanya akan numpang nginap di rumah warga desa tsb.

Jika mereka menemukan wisatawan wanita, mereka akan menangkap si wanita tersebut kemudian di ikat dan dilarang keluar rumah. Si wanita tersebut akan diberi makan dan tempat tinggal gratis oleh warga. Apabila wanita tersebut masih VIRGIN, mereka ga boleh mendekati lelaki lainnya. Karena bagi mereka, bagian SENSITIF wanita akan lebih wangi dibanding yg bukan virgin. Sehingga harus menjaga mereka supaya tidak ditindas oleh laki-laki lain.
Ketika menjelang imlek, wanita tersebut akan dibunuh dan badan dia akan dijadikan DAGING PERSEMBAHAN oleh warga mereka. Wanita yang tadinya diculik oleh warga akan di cuci bersih terdahulu hingga dicabut seluruh bulu dibadannya.
Kemudian wanita itu di telanjang dan kaki tangannya diikat ketat dan dibawa ke tempat persembahan mereka, kemudian akan dilanjutkan upacara pemotongan.
Desa tersebut memiliki aturan, jika lelaki yang mau menikah, mereka mesti menikah dengan wanita dari desa sendiri. Karena perempuan diluar hanya digunakan untuk dimakan saja. Anggapan warga desa tsb, wanita dari luar hanya boleh dimakan ga boleh di nikahin. Haram bagi mereka.
Wanita diatas ini pada saat akan dipotong, dia hanya menangis tanpa teriak. Karena dia telah tau tiada org yang akan menyelamati dirinya. Wanita tersebut akan dipotong lehernya terdahulu supaya berhenti bernafas.
Wanita yang dipotong tersebut berumur 20-an. Dia rupanya adalah seorang karyawan di kota. Karena dia berhenti dari pekerjaannya dan setelah 1/2 th masih belum mendapatkan pekerjaan yang cocok, sehingga dia bermaksud untuk berlibur sejenak menikmati hidup.
lihat gambar penuh di sini

Bayi Bermuka Dua


Bayi yang dilahirkan di Pakistan, berbeza dengan bayi biasa. Zee news memberitahu bayi kecil tersebut lahir dari rahim ibunya, Syahidah Perveen (30) memiliki satu badan namun mempunyai dua wajah dan telinga.
Jurucakap hospital tempat Syahidah melahirkan bayi tersebut mengatakan bahawa, setelah bayi unik tersebut dilahirkan ramai orang berusaha untuk menyaksikan sendiri bayi tersebut. Keadaan organ tubuh yang kembar pada satu tubuh ini dikenali dengan istilah perubatan craniofacial. Dalam keadaan seperti ini, nafas bayi tidak teratur dan daya tahan hidupnya tipis.
Kelainan ini terjadi kerana masalah genetik akibat perkahwinan antara pasangan yang mempunyai hubungan darah dan perkahwinan incest. Dr Ahmed menyarankan agar pasangan suami isteri berunding dengan doktor sebelum memutuskan untuk mempunyai anak. Ini dilakukan untuk mengelakkan kejadian serupa berulang.

Kanak-Kanak Di Hungary Menggunakan Terapi Bawah Air


Yayasan Gezenguz yang terletak di Budapest, Hungary, menggunakan terapi bawah air untuk kanak-kanak yang dilahirkan dengan kecacatan daripada keturunan seperti autisme atau down syndrome.
Yayasan yang ditubuhkan Dr Judit Schultheisz pada 1990 tersebut, turut melibatkan ibu bapa dalam setiap sesi terapi demi menjalinkan komunikasi dan hubungan mesra dengan anak mereka.



Di dalam air, anak diajak berenang dan bermain. Terapi seperti ini dikatakan dapat membantu mengembangkan kawalan pernafasan dan mencipta keadaan santai serta releks. Selain memberikan stimulus yang baik bagi otak, terapi seperti ini juga boleh merangsang sistem kekebalan tubuh.
Aktiviti di dalam air seperti berenang amat bermanfaat menguatkan sistem motor kanak-kanak serta turut membantu meningkatkan konsentrasi, keseimbangan dan koordinasi anggota tubuh kanak-kanak.


Perjuangan Demi Rakyat Berhasil


JOHOR BAHRU – PKR mendakwa perjuangan dibawa parti itu sejak beberapa tahun lalu bagi memperjuangkan nasib rakyat, berjaya mengubah kepimpinan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Naib Presidennya, Nurul Izzah Anwar berkata demi­kian ketika membuat ucapan penggulungannya pada Kongres Nasional Tahunan Keadilan Kelapan, sekali gus merujuk kepada pembentukan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) Berhubung Penambahbaikan Pilihan Raya.

Katanya, jawatankuasa itu ditubuhkan kerajaan BN, susulan kebangkitan rakyat menerusi Perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang diadakan Julai lalu.

“Kita berjaya desak kerajaan menangguhkan akta cukai barangan dan perkhidmatan (GST). Kita juga berjaya desak ordinan darurat dibatalkan.

“Dan bersama Bersih, kita berjaya paksa BN menubuhkan PSC untuk pilihan raya yang sebelum ini tidak pernah mengakui bahawa reformasi pilihan raya itu perlu,” katanya.

Dalam ucapannya itu, Nurul Izzah turut menyeru se­luruh ahli PKR, meneruskan perjuangan keadilan semua rak­yat tanpa mengira latar belakang bangsa, agama mahupun kepercayaan, selaras dengan penubuhan PKR yang mahu membawa reformasi politik adil.

Masjid Emas Di Brunei

http://i278.photobucket.com/albums/kk99/muhibmahbub/Masjid_Sultan_Omar.jpg

TIDAK ramai yang meletakkan negara Brunei Darussalam sebagai salah satu destinasi pelancongan mereka, memandangkan belanja sara hidup di sana yang tinggi.

Pun begitu, Brunei yang diakui antara negara terkaya di dunia ini hakikatnya mempunyai masjid-masjid yang indah lagi menarik. Antaranya; Masjid Jamek Asr Hassanil Bolkiah dan Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin.

Di ibu negerinya pula, Bandar Seri Begawan terdapat tempat-tempat bersejarah lagi menyeronokkan. Taman Permainan Jerudong, Kampung Ayer, Istana Nurul Iman dan Muzium Teknologi Melayu mampu menggamit kehadiran pengunjung khasnya dari luar.

Tempat beribadat yang penulis maksudkan dan ingin diketengahkan ialah Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin yang terletak berhampiran Perkampungan Ayer di Sungai Kedayan, Brunei.

Ia mula dibina pada 4 Februari 1954 atas hasrat dan cita-cita Sultan Omar Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien. Empat tahun kemudian iaitu pada tahun 1958, pembinaannya siap sepenuhnya. Baginda mengangkat martabat agama Islam ke tempat yang tinggi dan menjadikan agama Islam sebagai agama rasmi Negeri Brunei Darussalam. Lantaran itu, nama masjid ini diambil bersempena dengan nama baginda sultan.

Masjid berkubah emas ini didirikan di atas sebidang tanah seluas lima ekar berdekatan dengan pinggir Sungai Brunei, Bandar Brunei (kini dikenali Bandar Seri Begawan) dan merupakan salah sebuah masjid terindah di Asia Tenggara.

Bangunan masjid ini mempunyai bentuk senibina Islam klasik, dihias dengan mozek emas, marmar dan kaca berwarna-warni. Ia direka oleh seorang arkitek berbangsa Itali. Malah ia juga merupakan bangunan tertinggi di bandar tersebut.

Sementara di bahagian lantai dan dinding masjid pula, menggunakan marmar terbaik yang diimport dari Itali, granit dari China dan lampu candelier dari England. Permaidani yang terbentang di dalam masjid ini pula ditempah khas dari Arab Saudi dan Belgium.

Menara masjidnya mempunyai lif, manakala kubahnya diperbuat daripada emas, setiap satunya berukuran 53 dan 54 meter tinggi, boleh dilihat dari semua arah di sekitar bandar tersebut.

Menarik

Oleh itu, tidak hairanlah setiap kali laungan azan berkumandang, gemanya mencecah ke serata pelosok bandar ini. Bermula sebelum fajar menyingsing hinggalah terbenam matahari.Di bahagian lagun pula dibina sebuah kapal konkrit yang berbentuk Kenaikan Diraja kurun ke-16. Kebiasaannya majlis-majlis berbentuk keagamaan seperti tilawah al-Quran diadakan di sini semenjak tahun 1960 an lagi hingga hari ini.

Masjid ini dibuka secara rasmi oleh Sultan Omar Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan Brunei ke-28 pada hari Jumaat, 26 September 1958. Masjid yang mampu menampung kapasiti jemaah seramai 3,000 orang ini cantik dirakamkan gambarnya sama ada pada siang hari mahupun semasa matahari sedang terbenam atau lewat senja.

Sebanyak 3.5 juta mozek daripada logam menghiasi bahagian dalam kubah utama, kolam air dan sebahagian dalaman bangunan, secara tidak langsung ia memberi imbasan yang menarik. Masjid ini boleh dilawati pada hari Ahad hingga Rabu dari pukul 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari, 2.00 petang hingga 3.00 petang dan 5.00 petang hingga 6.00 petang.

Masjid ditutup kepada orang bukan Islam pada hari Khamis. Manakala akan dibuka pada hari Sabtu sekiranya tidak ada majlis-majlis rasmi pada keesokan harinya.

Kisah Su'ul Khatimah Mati Terbakar


Terdapat kisah benar berlaku di Iskandariah Mesir, seorang wanita muda menghina hukum Allah SWT bab menutup aurat
dan mencabar kekuasaan Allah SWT akhirnya mati dibakar di dunia ini lagi.

Pada suatu hari, seorang gadis yang terpengaruh dengan cara hidup masyarakat Barat menaiki sebuah bas mini untuk menuju ke destinasi di wilayah Iskandariah Mesir. Malangnya walaupun tinggal di bumi yang terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian gadis tersebut sangat menjolok mata.Bajunya agak nipis dan seksi hampir terlihat segala yang patut disembunyikan bagi seorang perempuan daripada pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya.

Gadis itu dalam lingkungan 20 tahun. Di dalam bas itu, ada seorang tua yang dipenuhi uban menegurnya: "Wahai pemudi! Alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang baik, yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta agama Islam kamu, itu lebih baik daripada kamu berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan liar kaum lelaki.... " nasihat orang tua itu.

Namun, nasihat yang sangat bertetapan dengan tuntutan agama itu dijawab oleh gadis itu dengan jawapan yang mengejek: "Siapalah kamu hai orang tua? Adakah kamu cuba nak ingatkan aku supaya menutup aurat sepenuhnya sedangkan bapa kandungku sendiri tidak pernah menasihatiku?Apakah kamu mahu aku berpakaian menutup aurat sedangkan aku masih mahu bebas menayangkan tubuh badan ku di khalayak ramai?Apakah di tangan kamu ada anak kunci syurga? Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang menentukan aku bakal berada di syurga atau neraka?"

Setelah menghamburkan kata-kata yang sangat menghiris perasaan orang tua itu, gadis itu tertawa mengejek panjang. Tidak cukup setakat itu, si gadis lantas cuba memberikan telefon bimbitnya kepada orang tua tadi sambil melafazkan kata-kata yang lebih dahsyat. " Jika ISLAM itu BENAR,tempatkan bilikku di Neraka ,Ambil handphone ku ini dan hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik di neraka jahanam untukku," katanya lagi lantas ketawa berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawa dia sedang mempertikaikan hukum Allah dengan begitu biadab.

Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan daripada si gadis manis. Sayang sekali,  wajahnya yang ayu tidak sama dengan perilakunya yang buruk. Penumpang-penumpang yang lain turut terdiam malah ada yang menggelengkan kepala kebingungan. Semua yang di dalam bas tidak menghiraukan gadis muda yang tidak menghormati hukum-hakam agama itu dan mereka tidak mahu menasihatinya kerana khuatir dia akan akan menghina agama dengan lebih teruk lagi.

Sepuluh minit kemudian bas pun tiba di perhentian. Gadis seksi bermulut celupar tersebut tertidur di muka pintu bas. Puas pemandu bas termasuk para penumpang yang lain mengejutkannya tapi gadis tersebut tidak sedarkan diri. Tiba tiba orang tua tadi memeriksa nadi si gadis. Sedetik kemudian dia menggeleng-gelengkan kepalanya. Gadis itu telah kembali menemui Tuhannya dalam keadaan yang tidak disangka.

Para penumpang menjadi cemas dengan berita yang menggemparkan itu. Dalam suasana kelam kabut itu, tiba tiba tubuh gadis itu terjatuh ke pinggir jalan. Orang ramai segera berkejar untuk menyelamatkan jenazah tersebut. Tapi sekali lagi mereka terkejut. Sesuatu yang aneh menimpa jenazah yang terbujur kaku di jalan raya. Mayatnya menjadi hitam seolah-olah dibakar api. Dua tiga orang yang cuba mengangkat mayat tersebut juga kehairanan kerana tangan mereka terasa panas dan hampir melecur sebaik saja menyentuh tubuh si mayat. Akhirnya mereka memanggil pihak keselamatan menguruskan mayat itu.

Begitulah kisah ngeri lagi menyayat hati yang menimpa gadis malang tersebut. Apakah hasratnya menempah sebuah bilik di neraka dimakbulkan Allah? Na'uzubillah, sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa di atas segala sesuatu. Sangat baik kita jadikan iktibar dan pelajaran dengan kisah benar ini sebagai muslim sejati. Jangan sesekali kita mempertikaikan hukum Allah mahupun sunnah Rasu-lNya SAW. dengan mempersendakan atau mengejek. Kata kata seperti ajaran Islam tidak sesuai lagi dengan arus kemodenan dunia hari ini atau sembahyang tidak akan buat kita jadi kaya dan seumpamanya adalah kata-kata yang sangat biadab dan menghina Allah, pencipta seluruh alam.

Sahabat yang dimuliakan,
Bertaubatlah kita kepada Allah SWT kerana kematian akan datang bila-bila masa. Kita boleh melupakan kematian, tetapi kematian tetap akan terjadi kepada kita. Hanya masanya saja yang akan menentukan bila kita akan kembali ke alam barzakh. Janganlah menjadi orang yang kufur, siapakah orang yang kufur itu? Mereka itulah orang yang ingin melawan Tuhan Rabbul 'alamin. Apabila  enggan melaksanakan suruhan Tuhan bererti seseorang ingin melawan arahan Tuhan. Jangan cuba mencabar Allah SWT dan menghina ajaran Islam pasti balasannya akan di terima di dunia lagi dan di akhirat telah tersedia seksaan api neraka yang amat dahsyat.

sumber

Kenapa Golongan Wanita Ramai Masuk Neraka?


Dari Imran bin Husain dia berkata, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : “Sesungguhnya penduduk Syurga yang paling sedikit adalah wanita.” (Hadis Riwayat Muslim dan Ahmad)

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : “Aku melihat ke dalam Syurga maka aku melihat kebanyakan penghuninya adalah fuqara’ (orang-orang fakir) dan aku melihat ke dalam Neraka maka aku menyaksikan kebanyakan penghuninya adalah wanita.” (Hadis Riwayat Al- Bukhari dan Muslim)

Sabda Rasulullah s.a.w : “Allah tidak akan melihat kepada wanita yang tidak mensyukuri apa yang ada pada suaminya dan tidak merasa cukup dengannya.” (HR Nasa’i)

Sabda Rasulullah s.a.w : “Wanita yang meminta cerai pada suaminya tanpa sebab (yang syar’ie) maka haram baginya mencium wangi Syurga.” (Hadis Riwayat Abu Daud dan At-Tirmizi )

Dalam hadis yang lain, Rasulullah s.a.w menjelaskan tentang wanita penghuni Neraka, baginda bersabda :
“ … dan wanita-wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya mereka telanjang, melenggak-lenggokkan kepala mereka kerana sombong dan berpaling dari ketaatan kepada Allah dan suaminya, kepala mereka seakan-akan seperti bunggul unta. Mereka tidak masuk Syurga dan tidak mendapatkan wanginya Syurga padahal wanginya boleh didapati dari jarak perjalanan sekian dan sekian.” (Hadis Riwayat Muslim dan Ahmad)

Di dalam kisah solat gerhana matahari, Rasulullah s.a.w. dan para sahabatnya melakukan solat gerhana padanya dengan solat yang panjang , Rasulullah s.a.w melihat Syurga dan Neraka. Ketika beginda melihat Neraka beginda bersabda kepada para sahabatnya: “ … dan aku melihat Neraka maka tidak pernah aku melihat pemandangan seperti ini sama sekali, aku melihat kebanyakan penghuninya adalah kaum wanita. Para sahabat pun bertanya : “Mengapa (demikian) wahai Rasulullah?” Baginda s.a.w menjawab : “Kerana kekufuran mereka.” Kemudian ditanya lagi : “Apakah mereka kufur kepada Allah?” Baginda menjawab : “Mereka kufur terhadap suami-suami mereka, kufur terhadap kebaikan-kebaikannya. Kalaulah engkau berbuat baik kepada salah seorang di antara mereka selama waktu yang panjang kemudian dia melihat sesuatu pada dirimu (yang tidak dia sukai) nescaya dia akan berkata : ‘Aku tidak pernah melihat sedikitpun kebaikan pada dirimu.’ ” (Hadis Riwayat Imam Al-Bukhari)

Ketika beginda selesai berkhutbah hari raya yang berisikan perintah untuk bertakwa kepada Allah s.w.t. dan anjuran untuk mentaatiNya. Baginda pun bangkit mendatangi kaum wanita, baginda menasihati mereka dan mengingatkan mereka tentang akhirat kemudian baginda bersabda : “Bersedekahlah kamu semua. Kerana kebanyakan kamu adalah kayu api Neraka Jahanam!” Maka berdirilah seorang wanita yang duduk di antara wanita-wanita lainnya yang berubah kehitaman kedua pipinya, dia pun bertanya : “Mengapa demikian, wahai Rasulullah?” Baginda menjawab : “Keranakamu banyak mengeluh dan kamu tidak taat terhadap suami.” (Hadis Riwayat Al- Bukhari)

sumber

16 Kegunaan Lain Ubat Gigi


Kegunaan ubat gigi selain untuk menggosok gigi. Ini kerana ubat gigi selain dari memutih, mencerah, menghilangkan kotoran dan mengembalikan dan melindungi enamel. Artikel ini saya terima melalui email.
1. Mengurangkan rasa sakit sekaligus mengubati di sengat serangga dan menghindarkan dari terluka
2. Mengurangkan rasa sakit sementara apabila terbakar kecil dan melecur terkena api.
3. Mengecilkan jerawat. Letakkan satu titik kecil ubat gigi ke jerawat pada malam hari sebelum tidur. Mencucinya di pagi hari.
4. Mengilatkan kuku
5. Sebagai gel rambut apabila gel rambut anda habis.
6. Menghilang bau di tangan seperti bau bawang, hanyir ikan dan sebagainya.
7. Membuang dakwat pen di pakaian. Gosok kawasan yang terkena dakwat sebelum membilasnya dengan air dengan segera.
8. Untuk kasut kulit, ubat gigi juga boleh membersih malah mengilatkan kasut.
9. Membuang kesan krayon di dinding. Gosokkan kain basah dengan yang sudah diletak ubat gigi dengan lembut pada dinding.
10. Membuat perhiasan perak berkilau. Gosokkan ubat gigi ke perhiasan perak dan biarkan semalam. Lap bersih dengan kain yang lembut keesokan harinya.
11. Menghapuskan kesan calar pada DVD dan CD. Letakkan lapisan yang nipis ubat gigi ke disk dan gosok perlahan, kemudian bilas dengan air bersih.
12. Menghilangkan bau masam pada botol bayi. Ingat supaya membilasnya dengan sabun dan air sehingga bersih.
13. Henghilang kesan terbakar pada besi seperti sudu dan seterika.
14. Membersihkan cermin mata menyelam (google) supaya terang. Penyelam, perenang, dan para atlit mungkin sudah tahu tentang trick ini. Gosokkan setitik ubat gigi di kacamata kemudian bilas dengan rata.
15. Membersihkan Casing Monitor/Laptop. Letakkan ubat gigi dan dicampurkan dengan sedikit air kemudian gosok monitor/casing/laptop dengan perlahan-lahan dan berhati-hati. Kemudian lap semula dengan kain lembut dengan berhati-hati.
16. Untuk menampal dinding simen yang berlubang kerana kesan paku dan sebagainya.
Gambar dari laman PPIM ni pula berkenaan amaran jangan terbeli ubat gigi dari China.