Laman Kongsiadmin@lamankongsi.com

Laporan Audit: Akauntabiliti Kerajaan Kelantan cemerlang


Indeks Akauntabiliti
Pengauditan sebenarnya bertujuan untuk menilai sama ada pengurusan kewangan di Jabatan/Agensi Negeri berlaku mengikut undang-undang dan peraturan kewangan.

Mekanisme penilaiannya adalah berasaskan pemakaian Indeks Akauntabiliti oleh Jabatan Audit Negara. Ia berlaku sejak tahun 2007 dan tahun 2010 lepas adalah tahun keempat pelaksanaannya.

Indeks Akauntabiliti diwujudkan bertujuan untuk membuat penilaian secara objektif terhadap pengauditan pengurusan kewangan Jabatan dan Agensi Kerajaan Negeri bagi mengukur dan menambah baik kawalan pengurusan kewangan yang cemerlang. Indeks Akauntabiliti diberi penarafan berdasarkan kepada tahap pematuhan terhadap peraturanperaturan kewangan berhubung dengan kawalan pengurusan, terimaan, perbelanjaan, akaun amanah/kumpulan wang amanah dan deposit, aset, pinjaman, pelaburan dan penyediaan Penyata Kewangan.

Pelaksanaan Indeks Akauntabiliti telah membantu mewujudkan budaya kerja berasaskan amalan terbaik. Selain itu, “budaya membetulkan yang biasa dan membiasakan yang betul” bukan sahaja dapat mempertingkatkan kecemerlangan pengurusan kewangan Jabatan/Agensi malah mencapai amalan integriti, keutuhan dan akauntabiliti yang ditekankan oleh Kerajaan..

Laporan Ketua Audit Negara
Menurut Ketua Audit Negara, Tan Sri Dato’ Setia Haji Amrin Buang laporan mengenai Negeri Kelantan bagi tahun 2010 lalu adalah meliputi aspek penyata kewangan Kerajaan Negeri dan pengurusan kewangan jabatan/agensi. Ia disediakan hasil daripada pengauditan yang dijalankan di beberapa Jabatan/Agensi Negeri sepanjang tahun 2010. Di antara agensi terlibat 10 jabatan ialah Pejabat Perbendaharaan Negeri, Pejabat Menteri Besar Dan Setiausaha Kerajaan, Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam, Jabatan Pertanian Negeri, Jabatan Kerja Raya Negeri, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri, Jabatan Perikanan Negeri Kelantan, Jabatan Perhutanan Negeri, dan Pejabat Pembangunan Negeri.

Kesemua jabatan yang diaudit itu boleh dikatakan hampir 90 peratus perkhidmatannya adalah terlibat secara langsung dalam menyediakan kemudahan untuk rakyat. Justeru di sebalik laporan audit oleh Ketua Audit Negara adalah menggayakan prestasi penjimatan cemerlang yang diamalkan oleh Kerajaan Negeri pimpinan Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz.
Bajet yang diaudit

Berdasarkan peruntukan bajet 2010, kesemua bajet bagi 10 jabatan yang diaudit adalah berjumlah RM192.25 (termasuk perbelanjaan mengejut). Namun apa yang berlaku, perbelanjaan sebenar ialah sebanyak RM168.24. Maka ia boleh dianggap sebagai penjimatan kira-kira RM24 juta. Kesan penjimatan itu, maka nilai defisit bajet Kerajaan Negeri dapat diatasi.

Demikian pula, dilaporkan akaun kena bayar (AKB) Negeri Kelantan turut menurun, iaitu pada tahun 2010, jumlah AKB adalah RM15.99 juta berbanding RM38.87 juta pada tahun 2009. Bermakna telah menurun sebanyak RM22.88 juta atau 58.9%. Sekali gus boleh dikatakan beban tanggungan hutang (apa-apa perbelanjaan yang sepatut dibayar) telah menunjukkan prestasi baik dari segi beban. Ia berpunca daripada pengurusan membayar yang dianggap cekap yang disokong oleh sumber kewangan yang ada dan ketulusan amalan kewangan.

Demikian juga, Kerajaan Kelantan dilihat turut melaksanakan strategi pembangunan masa depan yang menjamin penerusan sumber hasil negeri, iaitu perhutanan.
Ia dapat dilihat menerusi Kumpulan Wang Pembangunan Hutan yang diwujudkan.

Kumpulan wang ini bertujuan untuk melaksanakan pelbagai projek seperti menyedia, melaksana dan mengkaji semula rancangan pengurusan hutan Negeri.
Pada tahun 2010, baki Kumpulan Wang ini meningkat sebanyak RM3.67 juta atau 8.2% menjadi RM48.25 juta berbanding RM44.58 juta pada tahun 2009. Ia suatu strategi baik demi pengkayaan hasil masa depan negeri kerana baki yang lebih besar itu membolehkan perancangan pembangunan hutan yang boleh menyeluruh (extensive) pada masa depan.

Meningkatkan prestasi kewangan
Menurut Ketua Audit Negara, prestasi kewangan Jabatan/ Agensi Negeri Kelantan boleh ditingkatkan lagi menerusi amalan lima perkara yang diringkaskan sebagai SIKAP iaitu pertama SUPERVISION – penyeliaan yang rapi terhadap kerja yang diserahkan kepada pegawai bawahan.

Ketua Jabatan perlu memastikan garis panduan yang jelas dan terperinci disediakan sebagai rujukan oleh penjawat awam untuk menjalankan tugas mereka. Penjawat awam pula perlu melaporkan kemajuan kerja mereka secara berkala.

Kedua, INTEREST – setiap penjawat awam perlu melaksanakan tugas mereka dengan penuh minat, dedikasi dan tidak bersikap sambil lewa.

Ketiga, KNOWLEDGE – setiap penjawat awam mempunyai pengetahuan yang cukup dalam bidang tugas masing-masing. Bagi tujuan ini, program latihan perlu dilaksanakan secara berterusan.

Keempat, ATTITUDE – setiap penjawat awam melaksanakan tugas masing-masing dengan penuh tanggungjawab, jujur dan amanah.

Akhirnya, PROCEDURE – prosedur kerja yang lengkap dan jelas diwujudkan serta dipatuhi. 

Apa pun pandangan Ketua Audit Negara itu tidak bermakna kedudukan pengurusan kewangan Negeri Kelantan begitu kritikal atau tidak bermaya sehingga boleh dianggap tiada akauntabiliti.
Misalnya, daripada laporan daripada Ketua Audit Negara juga terhadap 14 agensi Kerajaan Negeri Kelantan pada tahun 2009 dikira mencapai tahap akauntabiliti cemerlang.

Mak Cik Pukul ‘hantu’


TEMERLOH: “Mak cik itu pukul lengan saya dengan payung kerana terlalu terkejut melihat saya muncul dari celah dinding menyebabkan saya terpaksa mengetap bibir menahan kesakitan.

“Walaupun sakit hingga menyebabkan lengan saya lebam akibat pukulan itu, saya sedar ia adalah asam garam bergelar ‘hantu’ yang bertugas menakutkan pengunjung dan saya tidak menyimpannya dalam hati,” kata Nur Afiza Roslin, 21, yang menjadi ‘hantu’ Alam Mistik Biar Betul di Karnival Gegaria Harian Metro (KGHM), di Padang Awam Kubang Gajah.

Menurutnya, dipukul dengan payung itu bukanlah satu-satunya insiden dialami sepanjang dua hari menjadi ‘hantu’ di KGHM malah kepalanya turut diketuk tiga kali oleh seorang pengunjung yang sengaja mahu menguji kesabarannya.

Nur Afiza yang berasal dari Kuantan dipilih menjadi pontianak bersama beberapa rakan lain di sepanjang laluan hampir 100 meter di dalam rumah hantu yang digelar Alam Mistik Biar Betul di KGHM dan itulah pengalaman pertamanya menjadi ‘hantu’.

“Seronok juga melihat pengunjung menjerit ketakutan selepas melihat wajah seram kami yang mengenakan baju yang penuh darah tetapi saya sendiri sebenarnya tidak berani melihat wajah saya di cermin selepas di solek untuk menjadi hantu. Ngeri juga rasanya,” kata Nur Afiza.

Rakan Nur Afiza, Kamaliah Bismin, 24, yang turut menjadi pontianak di rumah hantu Alam Mistik Biar Betul, mendapat pengalaman yang menyakitkan sepanjang dua hari KGHM berlangsung.

Gadis yang berasal dari Sabah itu ditendang beberapa kali di pinggangnya oleh segelintir pengunjung nakal tetapi insiden itu tidak mematahkan semangatnya mencari pengalaman menjadi ‘hantu’.

“Semua itu dilakukan pengunjung lelaki yang mengambil kesempatan menendang pinggang dan tubuh saya tetapi tetap sabar. Bagi saya itu semua perkara biasa atau mungkin tindak balas spontan akibat terlalu takut,” katanya.

Rumah Alam Mistik Biar Betul yang mengenakan caj RM2 setiap seorang itu menjadi antara venue yang paling mendapat sambutan daripada puluhan ribu pengunjung yang datang ke Padang Awam, Kubang Gajah sepanjang dua hari KGHM berlangsung.
sumber

Berhati-Hati Bila Melawat Orang Meninggal

Gambar Hiasan

Walaupun kita digalakkan menziarahi jenazah, namun berhati-hatilah. Org tua-tua used to say bila balik from melawat org meninggal, terus ke bilik air, cuci muka, rehat sebentar baru tegur anak2 dirumah.

Teringat saya pada tragedi yang menimpa bayi perempuan saya, ketika itu masih berusia 7 bulan. Memang tidak bermaya, tidak tidur, tidak menangis, tidak ketawa, tidak makan dan tidak pula menyusu. Hati ibu mana yang mampu menahan bila keadaan anak begitu. Saya bersama suami sering lakukan solat hajat untuk meminta Allah lindungi dan pelihara kesihatan dan kesejahteraan kami sekeluarga.

Masa berlalu sehinggalah rumah ibu di datangi seorang lelaki yang agak berusia lewat 50an dan memperkenalkan dirinya sebagai Cik Man, seingat saya waktu itu hari raya Aidil Adha. Sesungguhnya kami sekeluarga memang tidak mengenali dan tidak pernah pula berkenalan dengan lelaki tersebut. Cik Man tu kata selepas beliau selesai solat Asar tak tahu pulak gerakan hati untuk kerumah itu (rumah ibu).

Beliau terus saja menjengah ke buaian anak saya sambil mengucap panjang. Beliau terduduk sambil memadang wajah seorang demi seorang. Beliau kata di dalam buaian itu bukannya anak saya tetapi wajah perempuan tua yang hampir kecut. Ya Allah! Waktu itu rasanya kaki saya tidak mencecah ke bumi, terasa terlerai segala sendi yang ada. Cik Man tu menawarkan diri untuk mengubat bayi saya selama tiga hari(itu pun dengan izin dari Allah… katanya) . Dia meminta saya mendapatkan air lebihan mandian jenazah (air yang masih ada di dalam getah) dengan syarat yang meninggal mestilah seorang lelaki (sebab yang menumpang pada bayi saya adalah mayat perempuan tua bukannya seorang tetapi tujuh orang, benda tu menghuni di setiap sendi bayi perempuan saya) jika saya terlewat bayi saya mungkin turut meninggal.

Sampai ketahap saya berdoa agar adalah makhluk Allah yang meninggal pd hari itu. Hampir tiga jam saya bersama suami bertanya ke sana-sini, mencari rumah orang yang ada kematian. Dgn izin Allah saya terjumpa petang itu, alhamdulilah.

Petang itu Cik Man ke masjid dan dia hanya berpesan agar bayi saya yang sekecil itu dimandikan menghadap ke kiblat berserta sepotong doa yang diberikan. Suami saya terus memandikan bayi perempuan saya seperti yang disarankan oleh Cik Man tadi. Selepas dimandikan separuh badan bayi saya (dari pinggang kebawah) bertukar menjadi lebam. Rupa-rupanya kami
tersilap kerana mana ada jenazah perempuan orang lelaki yang mandikan. Sekali lagi hati saya tidak keruan, mencari hingga ke malam.

Keesokkannya pagi-pagi lagi saya telah ke rumah mayat HSA menanti kalau-kalau ada orang yang meninggal ketika itu. Allah maha penyayang dan akhirnya saya bertemu dengan kawan lama yang kebetulan kematian datuk. Saya meminta izin dari neneknya untuk meminta sedikit air lebihan mandian untuk membuat ubat anak saya. Saya menceritakan dengan linangan air mata, tersentuh hati saya bila nama bayi perempuan saya di sebut. Bila air itu sudah diperolehi terus saja saya serahkan kepada Cik Man (tak mahu ada sebarang kesilapan lagi). Cik Man meminta saya memandikan bayi saya tu tapi saya tidak boleh kerana kedatangan haid, terpaksa ibu yang mengambil alih tempat saya. Cik Man berpesan apa jua yang berlaku pada malam itu beliau meminta kami semua bersabar dan ingatkan Allah banyak-banyak.

Pintu dan tingkap diminta dibuka seluas-luasnya. Cik Man meminta ibu tanakkan sepiring pulut kuning. Benar seperti apa yang Cik Man katakan. Malam itu adalah malam pertama saya mendengar tangisan bayi saya, tangisan yang saya rindu selama beberapa bulan yang lalu. Bayi saya meronta-ronta dan dengan sepontan terasa seperti ada imbasan angin yang keluar terus menuju ke pintu dapur rumah ibu. Dalam masa yang sama terdengar suara ibu memekik dari dapur (seperti suara orang terperanjatkan sesuatu) tutup pengukus pulut itu dipenuhi cecacing dan ulat yang berwarna hitam. Adik lelaki saya mengucap dan terus membuang ulat-ulat itu ke longkang.

Bila kesemuanya telah selesai, Cik Man memberitahu tahu kepada saya,suami dan keluarga yang ada. Ada seorang daripada ahli keluarga yang menziarah orang meninggal dalam kemalangan, kemudian balik dari ziarah terus menegur bayi saya tu. Cik Man cakap itu badi mayat. Kebetulan waktu itu bapa saudara saya pula sampai ke rumah untuk bertanyakan khabar bayi saya. Rupa-rupanya orang yang Cik Man maksudkan itu adalah bapa saudara saya, dia pun akui dan tak sangka perkara itu terjadi kpd bayi saya.

Cik Man menawarkan diri sekali lagi untuk merawat bayi saya sehingga berusia setahun. Saya pernah sekali ke rumahnya dan membawa serba sedikit keperluan dapur untuk dia dan isterinya. Gembira dan bersyukur kerana bayi saya sudah pandai bertatih.

Setelah segala kesulitan terurai saya bercadang untuk menziarah Cik Man sambil membawa sedikit sedekah dan tanda terima kasih. Saya dan mencari alamat rumah spt yang diberikan oleh Cik Man. Apabila saya sampai ke alamat itu saya lihat disitu cuma ada sebuah rumah tinggal yang papannya sudah pun berlumut. Saya bertanya dengan kedai mamak yang berhampiran, tempat saya membeli keperluan dapur waktu pertama kali saya bertandang kerumah Cik Man. Mamak tu kata rumah tu dah bertahun-tahun kosong, tuan rumah tu tak ada waris.
S

Saya dan suami berpandangan sesama sendiri. Barang yang telah terniat untuk Cik Man saya sedekahkan ke surau yang berhampiran.
Benar kata Ura,apa yang berlaku elok dijadikan pengajaran dan iktibar.
sumber

Sharbinee Akui Lakukan Kesilapan


Seperti mahu bertanggungjawab di atas kegagalan Terengganu menjuarai Piala Malaysia, penjaga gol, Sharbinee Alawee Ramli secara terbuka mengakui kesilapan pada perlawanan akhir kelmarin.

Sambil menjelaskan kesilapan tersebut tidak disengajakan, penjaga gol kebangsaan itu turut meminta maaf kepada semua rakan serta penyokong di atas apa yang telah berlaku.
Pada aksi di Stadium Shah Alam itu, Sharbinee yang memiliki pengalaman luas beraksi di peringkat kebangsaan dan antarabangsa telah melakukan kesilapan apabila gagal menangkap kemas hantaran silang pemain Negeri Sembilan, S. Kunanlan pada minit ke-81.
Gol penyamaan itu telah mencetuskan kebangkitan para pemain Negeri Sembilan yang akhirnya berjaya mendapatkan gol kemenangan menerusi Hairuddin Omar pada minit ke-86 untuk muncul juara Piala Malaysia edisi 2011.
“Perlawanan akhir memang sengit dan apa sahaja boleh berlaku. Lagipun, sukar untuk saya kata- kan apa sebenarnya yang berlaku. Saya hanya boleh katakan yang saya tidak bernasib baik dan ia mungkin bukan hari saya.
“Saya juga tahu ramai orang di luar sana yang membenci saya kerana kesilapan itu. Justeru, saya ingin meminta maaf kepada semua rakyat Terengganu yang mengharapkan kami membawa pulang trofi ini.
“Kami telah melakukan yang terbaik dan tahun ini mungkin bukan rezeki kami,” katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengga- nu semalam.
Mengulas lanjut mengenai kesi- lapan itu, Sharbinee yang dianggap penjaga gol No. 2 negara sele- pas Khairul Fahmi Che Mat menjelaskan, faktor padang bukanlah punca utama.
Sebaliknya dia mendedahkan, tempoh perlawanan yang cukup genting memberi sedikit tekanan kepadanya sehingga gagal beraksi dengan baik.
“Saya mungkin telah membuat keputusan yang silap sehingga menyebabkan jaringan itu dan ia sesuatu yang sukar untuk saya terima.
“Namun, saya akan jadikan kesilapan ini sebagai satu lagi pengalaman untuk menjadi lebih matang dan lebih berhati-hati pa- da perlawanan akan datang.
“Saya cuma berharap agar para penyokong Terengganu terus berada di belakang pasukan ini dalam misi memburu kejuaraan pada musim depan,” katanya lagi.
Untuk rekod, kekalahan 1-2 Terengganu kepada Negeri Sembilan kelmarin meneruskan kemarau kejuaraan buat skuad Penyu itu selepas kali terakhir muncul juara Piala Malaysia sepuluh tahun lalu.
Satu-satunya kejuaraan yang dimenangi skuad kendalian Irfan Bakti itu adalah dengan muncul juara Piala FA selain menduduki tangga kedua dalam persaingan Liga Super.

Lebih 600,000 Akaun Facebook Digodam Setiap Hari


Serangan pada Facebook merupakan salah satu perkara yang amat ditakuti ramai pengguna, dan kini melalui laporan yang dikeluarkan, ia memperlihatkan sebanyak lebih daripda 600,000 akaun Facebook diserang dan diambil-alih pengodam setiap hari, salah satu angka yang amat tinggi walaupun dari segi peratus, ia hanya sekadar 0.06% sahaja.


Di Malaysia sahaja, angka pengguna yang diserang dan diambil-alih merupakan tinggi, apatah lagi akhir-akhir ini, ia dilaporkan pelbagai akaun milik selebriti dan artis telah diambil-alih oleh pengodam.

Untuk mengatasi perkara ini, Facebook sendiri pernah memperkenalkan beberapa fungsi, namun ia tidak digunakan sepenuhnya oleh para pengguna mereka.


Salah satunya adalah dengan mengintegrasikan maklumat log masuk akaun dengan telefon bimbit, dan emel, sekaligus mengetahui pelbagai aktiviti yang tidak diingini pada akaun Facebook dengan mudah.

sumber

Kisah Seekor Burung Pipit Membawa Air


Pada suatu hari, sebuah rumah di pinggir kampung terbakar. Seekor burung pipit membawa air menggunakan sayapnya. Seorang pemuda hairan melihat burung itu berulang-alik membantu memadamkan kebakaran.

Pemuda : Wahai burung pipit. Mengapakah engkau berulang-alik membawa air?
Burung : Aku ingin membantu memadamkan api yang sedang marak.

Pemuda : Tapi, tidakkah kau tahu bahawa sayap kau hanya mampu membawa dua titis air saja?
Burung : Aku tahu.

Pemuda : Tahukah kau bahawa titisan air yang kau bawa itu tidak akan dapat memadamkan kebakaran itu?
Burung : Aku tahu wahai pemuda.

Pemuda : Tetapi mengapa kau masih berterusan berbuat begitu?
Burung : Sesungguhnya apabila Allah bertanya sama ada aku nampak atau tidak kebakaran itu, aku akan jawab bahawa aku nampak kebakaran itu. Dan jika Allah bertanya apakah usaha aku untuk membantu. Lalu aku akan menjawab bahawa aku telah membawa titisan air menggunakan sayapku untuk membantu.

Pemuda : Wahai burung, sesungguhnya engkau adalah makhluk yang berjiwa mulia.

Rancangan Kartun Nabi Nuh?


Kalau ada lihat keratan gambar rancangan kartun yang telah ditayangkan baru-baru ini, adakah anda dapat meneka gambaran cerita yang ingin disampaikan. Kartun ini dihasilkan oleh Walt Disney. Yang menjadi pertikaian sekarang ini ialah isi kandungannya dikaitkan dengan sebahagian sejarah Nabi Nuh sehinggaterdapat wataknya yang disamakan dengan Nabi Nuh :
KUALA LUMPUR: Penyiaran sebuah rancangan kartun terbitan Walt Disney di TV2 yang menggambarkan Nabi Nuh a.s bersama keluarga dan sekumpulan haiwan menyiapkan bahtera bagi menghadapi banjir besar berlaku secara tidak sengaja. Sehubungan itu, pihak RTM khususnya TV2 memohon maaf atas kejadian itu dan akan lebih berhati-hati pada masa akan datang bagi memastikan ia tidak berulang lagi.
RTM dalam satu kenyataan turut berharap penonton akan terus memberi maklum balas untuk menambah baik kandungan siaran TV2. Menerusi rancangan kartun slot Mickey Mouse and Friends yang disiarkan kira-kira jam 8.30 pagi semalam, Nabi Nuh digambarkan sebagai seorang lelaki gempal, berjanggut panjang dan botak sedang memegang pelan membuat bahtera.
Bahtera itu disiapkan tiga anak lelaki, menantu dan isterinya bersama sekumpulan haiwan yang turut bertindak menggunakan kemahiran masing-masing bagi memudahkan penyiapan kapal besar itu sebelum banjir tiba.
Dah nama pun Walt Disney, ikut suka mereka sahaja nak hasilkan rancangan kartun yang sebegini rupa. Disebabkan mereka kafir, mereka ini jahil sehingga menyebabkan mereka tidak sedar yang membikin filem atau rancangan kartun yang menyamakan wajah Nabi termasuk jugalah Nabi Nuh seperti rancangan kartun yang telah ditayangkan di TV2 sebelum ini, sebenarnya tidak boleh dalam Islam.
Tapi yang jadi masalah & peliknya kita sendiri yang bawa rancangan sebegini dari luar ke Malaysia dilihat kurang peka. Apabila kita sendiri yang ambil rancangan kartun dari luar termasuklah dari Amerika, jadi pihak RTM “mesti lebih peka” & tidak mengambil mudah sahaja setiap rancangan yang ingin disiarkan. Kalau buat kartun sendiri (buatan tempatan, semestinya unsur-unsur sebegini tidak ada.

Gaddafi Tidak Patut dibunuh


SHAH ALAM - Pembunuhan bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi tidak sewajarnya dilakukan, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menurutnya, pihak berkenaan mempunyai kepentingan untuk berbuat demikian dan pada masa yang sama, media Barat melaporkan mengenai kekejaman didakwa dilakukannya.

“Saya sangsi dengan media itu kerana saya juga didakwa seorang diktator. Saya tahu semua ini tidak benar.

“Namun ia berjaya dilakukan terhadap Gaddafi kerana beliau tidak mempunyai perancangan untuk membangunkan negara dan bangsanya,” katanya.

Mahathir berkata, Gaddafi seorang yang peramah dan suka bertanya mengenai negara kita.

“Saya percaya beliau mahu menjadikan negara ini contoh kepada Libya. Namun cita-cita Gaddafi tidak berjaya,” katanya.

Menurut Mahathir, ramai tidak tahu Gaddafi mempunyai perancangan untuk memajukan Libya. Beliau memulakan projek pengairan di kawasan pantai dan membina sungai.

Katanya, kontraktor dari Korea telah membina saluran paip untuk memberi kemudahan kepada petani dan peladang di kawasan pedalaman.

Namun, kata Mahathir, Gaddafi hidup dalam ketakutan apabila Barat cuba membunuh karier politiknya sehingga terpaksa bertemu dengan pelawat di dalam khemah yang dikelilingi tembok.

“Saya dan isteri (Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali) pernah makan tengah hari bersamanya di tempat yang mewah, tetapi bukan di dalam istana,” katanya.

Sambil menyifatkan perkara ini sepatutnya tidak berlaku, kata Mahathir, “Saya sedih dengan apa yang dilakukan oleh negara demokrasi bertamadun (terhadap Gaddafi).”

Katanya, Gaddafi sepatutnya ditahan dan dibicarakan ke atas kesalahan dilakukan terlebih dahulu, bukan dibunuh.

“Saya berdoa dan berharap Libya akan mendapat kerajaan yang baik dan pemimpin yang benar-benar boleh menerajui Libya selepas kematian Gaddafi melalui sistem pilihan raya yang bersih.

“Dan mereka yang bercita-cita menjadi pemimpin pula perlu bersedia untuk kalah dalam pilihan raya itu nanti,” katanya. 

sumber

5 Manusia yang Paling Dibenci Dalam Sejarah

Berikut merupakan antara manusia yang paling dibenci sepanjang. Kebanyakan sebab mereka ini dibenci adalah kaitan dengan jenayah perang. Layan...



Saloth Sar a.k.a Pol Pot dan Khmer Merah parti politiknya yang memerintah Kemboja selama empat tahun (1975-1979), tetapi orang-orang Kemboja tidak memiliki kenangan yang baik dari pemerintahannya, mereka mengingati Pol Pot sebagai penguasa yang sadis dan kejam. selama pemerintahannya sekitar 2 juta rakyat Kamboja mati dalam kelaparan, penafian politik, kerja paksa dll. Kekuasaan Pol pot berakhir setelah campur tangan oleh negara jiran, Vietnam pada tahun 1979, pembunuhan massal selama pemerintahan Pol pot itu yang biasanya disebut sebagai Genosida Kamboja.



Adolf Hitler (20 April 1889) adalah diktator Jerman yang terkenal, dianggap bertanggung jawab terhadap Holocaust; Adolf Hitler memerintah Jerman 1934-1945 sebagai penguasa mutlak. Adolf Hitler menjadi presiden Nasional Parti Pekerja Sosialis Jerman pada tahun 1932. Antara 1939 dan 1945, kekuasaan Hitler telah mengorbankan lebih dari 14 juta orang, termasuk enam juta orang Yahudi, orang-orang tewas di kem-kem penyiksaan, ghetto dan eksekusi massal, selain cara yang disebutkan di atas, banyak orang mati kelaparan dan penyakit; Kekuasaan Hitler berakhir tepat setelah perang Jerman melawan Rusia pada Jun 1941, ketika pasukannya kalah perang dari Rusia; Hitler meninggal pada 30 April, 1945 setelah melakukan bunuh diri.





George W Bush (lahir 6 Julai 1946) dilantik menjadi presiden Amerika Syarikat 2001-2008, George Bush adalah salah satu presiden Amerika paling kontroversi dan dibenci, ia terpilih sebagai Presiden dalam pilihanraya yang sangat kontroversi pada tahun 2001 dan dia juga bertanggungjawab memulai perang terhadap pengganas yang terkenal pada tahun 2001.

Menurut para ilmuan, dunia dan khususnya dunia Islam membenci Bush, kerana campur tangan terhadap negara-negara asing. Dunia sedang menghadapi kekacauan dan kehancuran; Menurut survei, rakyat Amerika juga tidak begitu senang dengan dia, hal ini karena pengeluaran tentera yang banyak dan pembaziran dana dalam perang melawan pengganas, sampai ketika ini Amerika Syarikat telah menghabiskan $ 704 000 000 000 hanya di Iraq, selain itu, lebih dari 5000 tentera dan ribuan rakyat awam mati dalam perang yang tidak popular.


Ariel Sharon (lahir 1928) memegang jawatan sebagai Perdana Menteri ke-11 Israel dari bulan Mac 2001 hingga April 2006, ia juga dilantik sebagai Jeneral di Angkatan Darat Israel dari tahun 1940-an sampai awal 1970-an, dia menyertai dalam Perang Kemerdekaan 1948, 1956 Suez War, Perang 6 Hari tahun 1967, dan Perang Yom Kippur-1973. Setelah pencen dari tentara, Sharon bergabung dengan Parti Likud sayap kanan, dia sangat menyokong pembangunan daerah Israel agar dibenarkan di tebing Barat dan Jalur Gaza pada tahun 1970, 1980 dan 1990-an.

Pada tahun 1983, sebuah surhanjaya dibentuk oleh Pemerintah Israel untuk menyelidiki insiden berkait dengan perang Lebanon 1982, yang akhirnya bahawa Ariel Sharon secara tidak langsung bertanggung jawab atas pembunuhan rakyat awam di Sabra dan Shatila, ketika ia menteri pertahanan Israel.


Pada tahun 1924, setelah kematian Lenin, Joseph Stalin menjadi pemimpin Soviet Union, dianggarkan lebih dari 60 juta orang meninggal di bawah pemerintahan diktator ini, ia juga dianggap bertanggung jawab atas kelaparan Soviet 1932-1933.

Menurut catatan rasmi Rusia, Stalin mengupah sekitar 800 000 orang untuk kejahatan politik dan jenayah.

Selama tahun 1932-1933, akibat projek pertanian Stalin gagal, Rusia dan terutama Ukrain menghadapi salah satu kelaparan terburuk dalam sejarah Soviet, diyakini bahwa 6 hingga 8 juta orang meninggal dalam bencana kelaparan ini, di Ukrain kelaparan ini dikenali sebagai Holodomor.

Sejarah Kad Merah dan Kad Kuning dalam Bola Sepak


Apakah penggunaan kad merah dan kuning sudah dikenali seperti sekarang ini sejak bola sepak moden muncul? Jawapannya tidak. Kad merah dan kuning baru diperkenalkan pada Piala Dunia 1970.

Namun, inspirasinya muncul pada Piala Dunia 1966, pada perlawanan suku akhir  antara tuan rumah England dan Argentina. Pengadil pertandingan itu berasal dari Jerman, yakni Rudolf Kreitlein.

Kerana melakukan terjahan yang kuat, kapten Argentina, Antonio Rattin, dikeluarkan oleh Kreitlein. Namun, Rattin tak paham apa maksud pengadil yang berasal dari Jerman itu. Dia pun tak segera meninggalkan padang bola.

Pengadil England yang turut bertugas di pertandingan itu, Ken Aston, kemudian masuk ke padang. Dengan sedikit pengetahuan dalam bahasa Argentina, dia merayu Rattin untuk meninggalkan padang. Sebabnya, pengadil pertandingan, Rudolf Kreitlein, hanya tahu bahasa Jerman dan Inggris, ia kesulitan menjelaskan keputusannya kepada Rattin.

Kerana hal ini, Ken Aston kemudian berpikir. Perlunya komunikasi universal yang dapat difahami semua orang, ketika pengadil memberi peringatan kepada pemain atau mengeluarkannya dari padang. Dengan demikian, pengadil tak perlu membuat penjelasan dengan bahasa yang mungkin tak diketahui pemain.

Suatu hari, dia berhenti di persimpangan jalan. Melihat lampu lalu lintas, dia kemudian mendapatkan idea. Kemudian, dia mencadangkan supaya pengadil dibekalkan kad kuning dan merah. Kad kuning untuk memberi peringatan kepada pemain yang melakukan pelanggaran. Manakala kad merah untuk perlanggaran  yang teruk, dan pemain yang melakukan pelanggaran itu mesti keluar dari padang.

Idea itu diterima FIFA. Pada Piala Dunia 1970, kad kuning dan merah kali pertama digunakan. Akan tetapi, sepanjang Piala Dunia 1970 tak satu pun pemain yang dilayangkan kad merah. Hanya kad kuning yang sempat dilayangkan sehingga kad merah tak digunapakai pun pada Piala Dunia 1970.

Mesti pun idea tersebut datang daripada pengadil Inggris, negara itu tak serta merta menerapkannya di pertandingan bola di negara mereka. Kad merah dan kuning baru digunakan di kejohanan bola sepak Inggris pada 1976. Disebabkan pengadil kemudian terlalu mudah melayangkan kad dan diprotes banyak pemain, penggunaannya sempat dihentikan pada 1981 dan 1987.

Yang menariknya, idea ini diaplikasikan dalam pertandingan hoki. Bahkan, kad-kad peringatan dalam sukan hoki ini menggunakan tiga warna seperti lampu lalu lintas: hijau, kuning, dan merah. Hijau untuk peringatan, kuning untuk mengeluarkan pemain sementara waktu, dan merah untuk mengeluarkan pemain secara kekal.

10 Remaja Terkaya di Dunia Tahun 2011


Menurut The Sunday Times, senarai jutawan muda di London, Thomas Persson berada di tempat pertama dengan menguasai bidang fashion dengan £ 700m (RM3.45b). Daniel Radcliffe, (pelakon utama Harry Potter) berada di peringkat kelima dengan kaya nya adalah £ 48m (RM236j). Ia mengalahkan Putera William dan Putera Harry yang tempat di kesebelas.Berikut ini adalah senarai remaja terkaya dunia versi The Sunday Times 2011:

1. Thomas Persson – £700m (RM3.45 b) :: Fashion


2. Robin Arora £343m (RM1.69b) :: Discount stores

3. Fawn and India Rose James – £302m (RM1.5b) ::Hartanah

4. Arthur Landon £200m (RM986j) :: warisan

5. Daniel Radcliffe £48m (RM236j) :: Films

6. Lord Mostyn and family – £44m (RM217j) :: Hartanah

7. Samuel Barnett – £40m (RM197j) :: Internet

8. Sean O’Connor – £32m (RM157j) :: Pelaburan

9. Robert Pattinson – £32m (RM157j) :: Films

10. Keira Knightley – £30m (RM148j) :: Films