Yusry Dan Lisa Surihani Akan Umum Tarikh Pernikahan?



Hubungan cinta antara Yusry KRU dan Lisa Surihani bukanlah rahsia lagi dan dengarnya pula mereka sudah merancang untuk melangkah ke fasa seterusnya iaitu fasa perkahwinan tidak lama lagi.

Ini berikutan jemputan yang diberikan kepada pihak media untuk hadir ke majlis khas mereka yang dinamakan Pengumuman Istimewa Yusry dan Lisa.


Walaupun tidak menyatakan lebih lanjut mengenai apakah pengumuman istimewa tersebut, namun ramai yang menjangkan pengumuman itu berkaitan tarikh pernikahan Yusry dan Lisa.

Majlis akan diadakan pada 24 Disember 2011 (Sabtu) di Marriott Putrajaya Resort & Spa yang turut dihadiri kedua ibu bapa Yusry, iaitu Abdul Halim dan Zarina Fenner serta ibu Lisa, Siti Amira Ahmad.

Sebelum ini, sudah bertebaran khabar angin yang mengatakan bahawa Yusry dan Lisa akan melangsungkan perkahwinan pada Februari tahun hadapan, 2012. Jadi sama-sama kita nantikan. - Zon Artis

Yusry Dan Lisa Surihani Akan Umum Tarikh Pernikahan? Yusry Dan Lisa Surihani Akan Umum Tarikh Pernikahan? Reviewed by Admin on 9:08:00 PTG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.