Ogy Ahmad Daud Saja ‘Propah’ Nak Saman Johan Raja Lawak?



Baru-baru ini diva industri hiburan tanahair, Fauziah Ahmad Daud atau lebih dikenali sebagai Ogy berkata akan mengambil tindakan saman terhadap pelakon komedi, Johan Raja Lawak, atas beberapa insiden ketika sama-sama menjadi pengacara di Festival Filem Malaysia ke-24 (FFM 24).

Difahamkan bahawa Ogy telah berbincang dengan peguam peribadinya untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Johan kerana mempersendakan kedua arwah ibubapanya, mempermainkan tahun kelahiran Nabi Muhammad SAW dan memperkecilkan dirinya sebagai pelakon yang lebih senior.

Berdegar-degar kenyataan Ogy ketika itu tetapi apa perkembangan kes saman itu, adakah Ogy masih hendak teruskan atau sebaliknya?

Adakah ia cuma satu bentuk publisiti murahan atau sememangnya satu kenyataan?

Secara peribadi, penulis merasakan elok sangatlah sekiranya Ogy menarik balik niatnya untuk menyaman Johan.

Ini kerana dunia hiburan kita ini bukannya besar, balik-balik tengok muka itu juga.

Lagipun rasanya Johan dah dapat ‘mesej’ yang Ogy maksudkan.

Kena ingat, proses saman menyaman ni bukannya mudah…adakalanya ambil masa bertahun sebelum keputusan dapat dijatuhkan oleh hakim.

Adakalanya bertangguh memanjang. Kalau menang takpelah juga, tapi kalau kalah macam mana?

Tetapi kalau Ogy nak teruskan niatnya pun kita semua tak boleh halang, itu hak dia.

Mungkin bagi Ogy ini cara terbaik untuk ‘mengajar’ si Johan itu.

Untuk rekod, Ogy menyifatkan kenyataan-kenyataan Johan itu sebagai kurang ajar, satu penghinaan dan beliau tidak mampu untuk bertolak ansur dengan kebiadapan pasangan pengacaranya malam itu.

Menurut Ogy lagi, beliau tidak dapat memaafkan Johan sekalipun pelawak itu datang meminta maaf darinya dan berharap agar tindakannya itu akan menjadi pengajaran kepada Johan dan artis baru yang lain.

Apapun diharapkan Ogy akan lebih matang dalam membuat kenyataan di masa akan datang, bukan apa, takut ia akan memakan diri sendiri.

Contohnya dalam kes ini, orang tertanya-tanya, apa kesudahan episod nak saman si Johan ini.

Seingat penulis, Johan sendiri pernah membuat kenyataan akhbar yang dia tidak pernah menerima apa-apa surat saman daripada Ogy, hah macam mana tu?

Nanti tak semena-mena Ogy akan dianggap PROPAH saja lebih, tak gitu akak?
sumber

Ogy Ahmad Daud Saja ‘Propah’ Nak Saman Johan Raja Lawak? Ogy Ahmad Daud Saja ‘Propah’ Nak Saman Johan Raja Lawak? Reviewed by Admin on 8:39:00 PG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.